Pages

Monday 7 March 2016

Emak..

Assalamualaikum w.b.t...

Sempana Hari Wanita Sedunia, marilah kita ambil kesempatan untuk mengenang jasa-jasa dan pengorbanan wanita-wanita yang hebat dalam hidup kita. Pertama yang kita akan teringat tentulah mak kita. Jasa dan pengorbanan beliau, memanglah tiada tolok bandingnya. Biarlah siapapun diri kita, buruk, baik, dihina, dicemuh, dipuji, diuji, mak akan sentiasa ada untuk bersama kita. Bagi beliau, kita adalah yang paling terbaik !

Walaupun, selalunya 'emak' ni sangat sinonim dengan berleter, percayalah, leteran tu tak ada apa. Cuma pelepas geram saja. Semua tu di mulut sahaja. Percayalah. Sebab aku pun macam tu. Lol ! Semua emak ingin menjadi terbaik, dan memberikan terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Kadang, terbaik yang emak berikan, bagi anak-anak ada yang rasa tak cukup baik. Sedih. Kalaulah anak-anak tahu betapa ingin dan sedayanya emak nak berikan terbaik untuk mereka...Tunjukkanlah kepada mereka yang kita sangat menghargai pengorbanan mereka untuk mahu yang terbaik untuk kita. Betapa hancur hati emak bila dia rasa dia gagal buat terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Walaupun begitu, emak pasti tak akan menyalahkan anak-anaknya. Pasti dia akan menyalahkan dirinya sendiri.  Walaupun sebenarnya kita yang tak tahu bersyukur.Anak, hargailah emak...

Mungkin emak tak tinggi pelajarannya, tapi emak mahu anak-anaknya semua berjaya dunia dan akhirat. Sedih bila ada anak-anak yang pandang ibunya orang tak berpelajaran. Tak putus doanya untuk anak-anak biar berjaya dunia akhirat. Adakah nanti kita, bila emak sudah tiada nanti akan tak putus doa kita untuk emak seperti tak putusnya doa emak untuk kita semasa hayatnya? Kalau ada anak-anak yang dalam kesusahan, emak bangun malam-malam untuk memohon pada Allah kemudahan untuk anak-anaknya. Si anak yang dalam kesusahan, tidur berdengkur macam tak ada masalah ! Emak sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Ada yang sanggup mengorbankan segalanya untuk memastikan anak-anaknya semua dapat apa yang mereka impikan. 

Waktu kita sakit, entah berapa baldi emak menangis sebab kasihankan kita. Emak berdoa dalam hati semoga sakit anaknya, biar dia saja yang dapat. Biar anaknya sihat. Sungguh emak takkan sanggup melihat anak-anaknya tidak sihat walaupun hanya demam selesema biasa. Dari kecil sampailah kita besar, kalau kita tak sihat, sampai tak tidur malam emak jaga kita. Esok di tempat kerja bagai orang linglung sebab semalaman tak tidur. Tapi, tetap itu tak ada apa bagi emak. Yang penting anak-anak sihat. Tapi bila emak tak sihat, jangankan kata berjaga malam jaga emak, telefon bertanya khabar pun jarang. Apa lagi nak pergi menjenguk. Minyak mahal katanya. Tol mahal katanya. Tak sempat katanya. Allah.. Emak sakit, ubatnya bukan panadol. Emak sakit ubatnya kehadiran anak-anaknya, terutama cucu-cucunya. Nenek dari sakit boleh berlari kalau melayan keletah cucu-cucu. Itu saja yang emak mahu..Dulu kita pun sakit sedikit, mengada yang lebih nakkan perhatian. Tak ada apa yang lebih penting bagi emak, sampai ditinggalkan dulu apa yang sedang dibuat untuk melayan mengada anak mahukan perhatian. Sedang masak, ditutupnya dulu api dapur, Sedang menyapu, diletaknya tepi penyapu. Sedang mandi, seadanya sahaja emak mandi mahu gegas melihat anak.

Hargailah emak sementara mereka masih ada. Bila emak sudah tiada, jangan pernah putus doakan untuk emak seperti doa emak untuk kita. Doa anak yang soleh dan solehah menjadi bekalan emak di sana. Bila emak sudah tiada, itulah sahaja bentuk penghargaan yang mampu kita bekalkan untuk emak.. Sementara emak masih ada di depan mata, hargailah wanita itu. Makin detik, umur emak makin di makan waktu. Waktu dan kesempatan untuk kita peluk cium emak makin tipis. Seringlah menziarahi emak, ayah. Peluklah emak, ciumlah emak. Jangan sampai, ciuman pertama adalah ciuman terakhir untuk emak.







SELAMAT HARI WANITA



MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Thursday 3 March 2016

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Kerugian"

Assalamualaikum w.b.t







Manusia sekarang ni, ramai yang tak menghormati waktu orang lain. Maklumlah zaman serba pantas katanya, semua nak kejar masa sendiri. Tapi kena ingat, penting tau untuk kita menghormati masa orang lain. Jangan disebabkan kita, jadual masa orang lain jadi kucar-kacir. Kita pun tak suka, kan?

Dalam kes aku ni, aku geram jugak orang yang nak lepaskan hal dia je. Contohnya, klinik tutup pukul 6.00 petang. Dah di beritahu pun waktu dia call. Padahal malam boleh je buat appointment untuk nak scaling ke apa ke yang tak urgent. Pukul 6.00 tu jugak dia nak datang, dia free time tu katanya. Aku tau merekalah sumber rezeki aku. Bukan maksud aku tak nak bersyukur. Tapi aku pun selain doktor gigi, aku pun ada hal lain jugak di rumah atau di luar rumah atau di belakang rumah atau di mana sajalah. Aku cuma nak tekankan hormati waktu orang lain. Aku boleh tolerate kalau yang memang urgent sampai aku kene tunggu dan stay. Aku tak boleh nak tahan jiwa yang jenis hati kering redah je datang time klinik nak katup dah, lepas tu "Eh, sorry doktor..sorry buat doktor tunggu. Saya ada hal malam ni, so tak boleh nak datang malam". Aku punya hal malam, macam mana? Ok, hari-hari Jumaat ni pulaklah kau nak cakap pasal hal malam kann. Hahaha. 

Ada jugak patient yang tak hormati masa patient lain. Datang walk-in je tak ada appointment, tapi demand nak selesaikan semua masalah dia hari ini juga. Padahal waktu dan patient yang dah buat appointment tu dah sampai. Bila di beritahu, "Encik/Puan, rasanya tak dapat nak buat hari ini sebab next patient dah sampai. Atau kalau encik/puan boleh tunggu luar kejap, saya settlekan patient appointment, nanti encik/puan saya panggil masuk balik. Atau encik/puan boleh ambil appointment hari lain.Boleh?". Ada jugak yang tanya balik, "So doktor tak boleh buat lah? Saya sibuk doktor, sekarang je time saya sempat nak ke sini" dengan keadaan yang insist tanak bangun dari dental chair. Adoi. Aku tak tahu lah dia paham ke tak explaination aku tadi. Bukan aku tak boleh buat atau aku tanak buat, HORMATILAH MASA ORANG LAIN. 

Kadang ada juga situasi orang lain yang jadual padat, dah di susun jadualnya dari A sampai Z, sebabkan orang yang ada temujanji dengan dia ni lewat, habis berterabur jadual yang dah elok tersusun untuk satu hari. Kita kena pikir sibuk orang lain jugak. Bukan awak sorang je yang sibuk dalam dunia ni.




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Wednesday 2 March 2016

Bila kau sorang je rasa kau cantik

Assalamualaikum w.b.t

Aloha !

Satu hari ni aku rasa macam nak ketawakan diri sendiri je. Aku tak tahulah ape yang dah aku lakukan. Adakah gesaan hormon? Ataukah aku kerasukkan? Atau atau atau. Ah ! Aku tak mengerti. Hahaha.

Ceritanya begini...

Semalam, aku browsing sana sini, tiba-tiba dalam facebook taman perumahan aku, aku jumpa ada MUA ni nak cari newbie talent untuk di makeupkan untuk satu produk kecantikkan ni. Entah kenapa macam tak sedar diri aku teruja. Teruja sangat. Aku bagaikan lupa yang aku ni dah lah alignment lari, perut memboyot, 2 hari sudah naik sisik kering kat mata sebab alergi apa entah. Hahaha. Aku rasa dengan senarai yang seberapa di atas tu pun memang aku tak lepas saringan pun. Hahaha. Tapi aku tak terpikir langsung pun yang aku takkan lepas saringan. Tak tau kenapa rasa perasan dalam diri aku tebal betul semalam. Hahahaha. Sumpah tebal. Hahahahaha. 

MUA (makeup artist) tu kata nak gamba closeup pakai makeup ke tak pakai ke. Ikut suka. Kalau boleh muka flawless takada masalah kulit. Hahahahahaha. PM dia sesiapa berminat. Disebabkan perasaan perasan aku yang sumpah tebal semalam, aku boleh terpikir "gambar aku banyak dalam laptop. aku pm dia pakai laptop jelah." Hahahahaha. Tapi, tak sempat nak belek gamba sebab petang ramai pula patient.

Lepas habis buat rawatan patient, aku cari balik post MUA tu. Tak jumpa ! Aku cari pakai laptop, aku cari pakai phone. Tak jumpa jugak. Aku sedih. Hahahaha. Sebab sedih, balik kerja aku beli aiskrim paddlepop. Ok, tak ada kaitan, 

Keesokkan harinya, aku masih tak lupa pasal MUA tu. Aku terus berusaha cari post atau FB dia. TARAA !! Aku jumpa ! Hahahaha. Aku seronok. Tapi dari semalam aku tak bagi tau suami aku pasal MUA ni, aku tau kenyataan aku akan membuatkan dia gelakkan aku sampai dia mengigau malam-malam. Pepagi aku dah PM dia tanya pasal post dia semalam. 


Salam.
Post semalam tentang makeup tu masih valid ke?
Saya berminat.

Wsalam.
Oh tengok kat mana ya post tu?

Saya terbaca kat page Taman X.
Tak sempat nak PM semalam.

Oh sebab semalam tak ada oang response jd sy delete.
Ok, boleh hantar gambar?

Oh  yeke.
Ok kejap.
Tapi saya pregnant.
Gamba muka je kan?

Takpe.
Haah close up.


Ini gamba yang pakai makeup.




















KRIK..KRIKK..KRIKKK..

Menunggu reply yang tak kunjung tiba. HAHAHAHAHAHAHA !! Baru padan muka aku. Kengkonon ada hati nak jadik model. Hahahaha. Barulah aku tersedar dari renjatan hormon anak perempuan aku, yang aku ni saringan pun tak lepas. Jadi bawak-bawak jelah mengucap dari konon-konon nak jadi model. Model kecantikkan pulak tu. Anak aku si Noah pun tengok aku kat rumah haritu macam nampak hantu. Berpeluk-peluk dia dengan Ayah dia tak nak tengok aku. Pun masih ada hati aku ni. Hahahaha, 


TIBA-TIBA..

Ada reply dari MUA. Masa tu aku rasa Eh ! Ada harapan rupanya.

Sebenarnya, sy dah ada model untuk di makeupkan.
Sebab awak tinggal dekat je, rasa boleh juga kalau awak datang.
Malam ni boleh?


Sakitnya-tuh-disini-didalam-hatiku sungguh aku waktu tu. Hahahaha. Aku menjadi pilihan no.2 sebab aku tinggal dekat-dekat. Ulang suara, sebab aku tinggal dekat. Hahaha. Aku rasa waktu tu aku harus mengucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk suami aku tersayang sebab beli rumah kat Taman X. Hahaha. Atleast sebab itu, aku tak berapa nak di reject. Hahahaha. Disebabkan malam ni sampai malam-malam sepanjang minggu ni aku sibuk kehulu kehilir, aku tak dapat nak memenuhi undangan dia untuk di makeup-kan malam ni.

Selepas kejadian ini, aku pun mula muhasabah diri. Hahahaha !




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Tuesday 1 March 2016

The Collage of Happines !

Assalamualaikum w.b.t


I simply call this as a collage of happiness :)

Hari ni terasa nak mengimbau kenangan-kenangan silam. Tiba-tiba rasa nak buat collage. Maka tersingkaplah kembali memori-memori usang. Cewahhh.


Setiap satu gambar tu mengembalikan balik semua memori yang terselindung di belakangnya. Memori yang bila aku kenang kembali membuatkan aku rasa bagaikan remuk redam hati aku ialah bila aku terjumpa kembali gambar-gambar sewaktu aku kurus ! Huwaaaaaa ! 



Kadang kita rasa perjalanan kita tak semudah orang lain. Tapi, mana kita tau perjalanan orang lain tu mudah. Kita je yang buat anggapan sendiri. Dan, takkanlah orang lain nak jaja cerita buruk dia kan. Itu pun antara sebab kenapa kita asyik nampak 'cantik' jalan orang je berbanding kita sendiri.


Pokok pangkal ceritanya, marilah kita bersyukur. Rezeki bukan sekadar duit berkepuk dalam bank, bawah bantal, bawah karpet. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Badan sihat. Keluarga bahagia. Umur panjang. Anak-anak sihat. Selalu dapat spent time dengan family. Hati gembira. Atau, dapat isteri comey gemilang terbilang macam kakton ni ha. Lol !

Tak tau kenapa mood harini mood ustazah datang. Haha. Jadi itu sajalah tazkirah dari kaktong untuk hangpa. Hahaha.



MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,---