Pages

Thursday 18 February 2016

Tutorial : Letak Nuffnang ads di blog

Assalamualaikum w.b.t

Harini aku ber-mood cikgu. Jadi aku rasa macam nak mengajar je. Disebabkan itu aku nak ajar lagi tutorial cara nak letak Ads pada blog. Aku pun tak la pandai pun. Sekadar berkongsi. Manalah tau bermanfaat. Manalah tau Allah mudahkan aku terima ilmu baru sebab aku share satu ilmu. Ok, mood cikgu ustazah tengah meresap pulak.

Aku daftar dengan Nuffnang? Kenapa Nuffnang? Sebab free dan mudah untuk daftar. Mudah untuk dapat duit tu tak taulahkan. Haha. Mana ada duit yang mudah dapat, kan. Semua kene berusaha. Ok, baik cikgu.

Ada 2 cara untuk dapatkan earnings dari Nuffnang.

1. CPUV (click-per-unique-visits). Apaaaa bendaa alahh nye tuuuuu.

Advertiser akan pilih blog mana yang they'ols nak letak iklan they'ols. Contohnya kalau advertiser cosmetic, haruslah they'ols pilih blog yang reader and viewer wanita-wanita.So blog tu mestilah penuh dengan cerita-cerita makeup dan kecantikkan contohnya. Berapa lama they'ols akan letak iklan pada blog tu, ikut suka they'ols. Haha. Ada yang sehari ada sebulan.

2. CPC (cost-per-click) Campaign.

Ini pulak cara earnings bilamana viewer atau reader click pada ads pada blog uols. Kan selalu uols kalau nak bukak blog-blog gossip ke asyiklah iklan memanjang sampai menyakitkan hati, kan? Tapi uols gigih jugak nak baca sebab cerita sensasi. Sampai terklik-klik iklan tu. Haa, lagi admin blog senang hati. Penderitaan mu, kesenangan ku lah kiranya. Lol ! lelebih sangatt perumpamaan kau.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So, macam mana nak letak iklan pada blog untuk nak capatkan earnings macam kat atas?

First, haruslah daftar dengan Nuffnang.(klik je kat sini terus sampai page nuffnang). Nanti, di atas sebelah kanan sekali klik "SIGN UP"(klik). Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan mula dari Login detail, personal information, address dan T&C. Bila dah lengkap semua, Klik "FINISH".

Then, uols kena activate account Nuffnang uols. Pergi ke email uols, dan klik link yang Nuffnang beri.


TARAA ! REGISTRATION DONE !



Next step is, Login (klik) ke account Nuffnang uols untuk manage ads dan sebagainya. Masukkan email dan pasword dan klik "Login".


Uols akan jumpa colomn macam ni sebelah kiri. Klik pada "Manage Blog".




Dan akan keluarlah page seperti di bawah ini.




Untuk manage Ads, klik "Add Ad Unit"




Pilih location dan bentuk ads yang uols prefer. Nak Letak dekat header ke, nak yang skycraper ke atau nak yang large rectangle ke. Contohnya aku ambil yang leaderboard.




Akan keluar text macam ni. Text ni nanti uols perlu copy dan paste pada blog. Barulah ada ruang iklan kat blog uols.



OKEY DAH MACAMANA PULAK NAK COPY PASTE KAT BLOG TEXT TU ?


1. Login Blogger account uols





2. Pada dashboard uols ada arrow kecik, klik situ dan pilih "Template"


3. Lepas klik "Template" akan bawak uols ke page macam kat bawah ni. Kat page ni, click "Edit HTML"


OKEY THIS STEP TRICKY SIKIT..


3. Tadikan aku pilih untuk letak ads pada leaderboard, kan. So, lepas klik "Edit HTML" tadi akan keluar macam kat bawah ni. Uols kena search perkataan "<body>". Haaa..jenuhkan nak carik perkataan tu dalam perkataan yang berserabut cenggitu kan? Jangan risau uols, ada cara mudah !

Uols tekan Ctrl dan F, akan keluar kotak, search kat situ perkataan "<body>". Bila dah jumpa perkataan tu, apalagi uols tunggu? Paste kan aje kat bawak perkataan ''<body>", macam dalam gamba kat bawah ni.

4. Klik "Save template" dan SIAP ! Yeayyyy !



UNTUK ADS JENIS LARGE RECTANGLE, CARANYA SAMA CUMA LAIN SIKIT DEKAT MANA NAK PASTE TEXT HTML YANG DI COPY TU JE.

5. Untuk ads large rectangle, selepas uols click "edit HTML" dan keluar text macam gambar kat atas ni, uols kena search (CTRL + F) "post-footer-line-3". Lepas dah jumpa, cari kebawah sikit locate perkataan "</b:includable>". Uols akan paste HTML text yang uols copy tadi betul-betul atas "</b:includable>". Jangan lupa click "save template" dan SIAPP !



6. Untuk large rectangle, di dashboard blog uols coloumn sebelah kiri klik "layout" dan akan keluar layout blog uols. Cari "Add a gadget" macam dalam gambar kat bawah ni.



7. Lepas klik "Add a gadget" akan keluar macam gambar kat bawah ni. Uols pilih "HTML/JavaScript".



8. Step ni senang sesangat. Uols tak payah sampai juling-juling mata nak cari perkataan. Uols hanya perlu paste terus pada kotak "content" tu je. Letak title sesuka hati uols. dan hasilnya uols akan depat seperti kotak kecik kat bawah tu. Jangan lupa tekan "Save".Senang, kan? =P


Hopefullu entri aku kali ni bermanfaatlah dan dapat membantu ramai blogger-blogger baru macam aku ni. Happy blogging uols !



Mommy.Wife.Dentist @}--,---
















Bad Request 400. Macam mana nak buat ?

Assalamualaikum w.b.t

Ada masalah untuk login ke account Nuffnang?


Sakit hati, kan kalau asyik keluar Bad Request je. Don't worry uols ! I can help you. ewahh joget sikit. Aku akan ajar cara step-by-step.


OK LET'S START !


1. Ada gambar kertas lipat / gamba 'lock' kat situ, tak kisah gamba yang mana-mana pun, uols klik situ.



2. Lepas klik akan keluar yang macam ni haa. Uols remove lah yang berkaitan. Cthnya yang problem nak log ke page nuffnang, kan masalah kita tadi. Jadi remove semua yang berkaitan dengan nuffnang. Kemudian, Klik 'Close'. Paham dok? Haha. 


3. Refresh balik page yang Bad REquest 400 tadi. Kalau dah boleh loh masuk page yang uols nak pergi tu maknanya korang dah berjaya. 


Selamat Mencuba !



Mommy.Wife.Dentist @}--,---