Pages

Monday 7 March 2016

Emak..

Assalamualaikum w.b.t...

Sempana Hari Wanita Sedunia, marilah kita ambil kesempatan untuk mengenang jasa-jasa dan pengorbanan wanita-wanita yang hebat dalam hidup kita. Pertama yang kita akan teringat tentulah mak kita. Jasa dan pengorbanan beliau, memanglah tiada tolok bandingnya. Biarlah siapapun diri kita, buruk, baik, dihina, dicemuh, dipuji, diuji, mak akan sentiasa ada untuk bersama kita. Bagi beliau, kita adalah yang paling terbaik !

Walaupun, selalunya 'emak' ni sangat sinonim dengan berleter, percayalah, leteran tu tak ada apa. Cuma pelepas geram saja. Semua tu di mulut sahaja. Percayalah. Sebab aku pun macam tu. Lol ! Semua emak ingin menjadi terbaik, dan memberikan terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Kadang, terbaik yang emak berikan, bagi anak-anak ada yang rasa tak cukup baik. Sedih. Kalaulah anak-anak tahu betapa ingin dan sedayanya emak nak berikan terbaik untuk mereka...Tunjukkanlah kepada mereka yang kita sangat menghargai pengorbanan mereka untuk mahu yang terbaik untuk kita. Betapa hancur hati emak bila dia rasa dia gagal buat terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Walaupun begitu, emak pasti tak akan menyalahkan anak-anaknya. Pasti dia akan menyalahkan dirinya sendiri.  Walaupun sebenarnya kita yang tak tahu bersyukur.Anak, hargailah emak...

Mungkin emak tak tinggi pelajarannya, tapi emak mahu anak-anaknya semua berjaya dunia dan akhirat. Sedih bila ada anak-anak yang pandang ibunya orang tak berpelajaran. Tak putus doanya untuk anak-anak biar berjaya dunia akhirat. Adakah nanti kita, bila emak sudah tiada nanti akan tak putus doa kita untuk emak seperti tak putusnya doa emak untuk kita semasa hayatnya? Kalau ada anak-anak yang dalam kesusahan, emak bangun malam-malam untuk memohon pada Allah kemudahan untuk anak-anaknya. Si anak yang dalam kesusahan, tidur berdengkur macam tak ada masalah ! Emak sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Ada yang sanggup mengorbankan segalanya untuk memastikan anak-anaknya semua dapat apa yang mereka impikan. 

Waktu kita sakit, entah berapa baldi emak menangis sebab kasihankan kita. Emak berdoa dalam hati semoga sakit anaknya, biar dia saja yang dapat. Biar anaknya sihat. Sungguh emak takkan sanggup melihat anak-anaknya tidak sihat walaupun hanya demam selesema biasa. Dari kecil sampailah kita besar, kalau kita tak sihat, sampai tak tidur malam emak jaga kita. Esok di tempat kerja bagai orang linglung sebab semalaman tak tidur. Tapi, tetap itu tak ada apa bagi emak. Yang penting anak-anak sihat. Tapi bila emak tak sihat, jangankan kata berjaga malam jaga emak, telefon bertanya khabar pun jarang. Apa lagi nak pergi menjenguk. Minyak mahal katanya. Tol mahal katanya. Tak sempat katanya. Allah.. Emak sakit, ubatnya bukan panadol. Emak sakit ubatnya kehadiran anak-anaknya, terutama cucu-cucunya. Nenek dari sakit boleh berlari kalau melayan keletah cucu-cucu. Itu saja yang emak mahu..Dulu kita pun sakit sedikit, mengada yang lebih nakkan perhatian. Tak ada apa yang lebih penting bagi emak, sampai ditinggalkan dulu apa yang sedang dibuat untuk melayan mengada anak mahukan perhatian. Sedang masak, ditutupnya dulu api dapur, Sedang menyapu, diletaknya tepi penyapu. Sedang mandi, seadanya sahaja emak mandi mahu gegas melihat anak.

Hargailah emak sementara mereka masih ada. Bila emak sudah tiada, jangan pernah putus doakan untuk emak seperti doa emak untuk kita. Doa anak yang soleh dan solehah menjadi bekalan emak di sana. Bila emak sudah tiada, itulah sahaja bentuk penghargaan yang mampu kita bekalkan untuk emak.. Sementara emak masih ada di depan mata, hargailah wanita itu. Makin detik, umur emak makin di makan waktu. Waktu dan kesempatan untuk kita peluk cium emak makin tipis. Seringlah menziarahi emak, ayah. Peluklah emak, ciumlah emak. Jangan sampai, ciuman pertama adalah ciuman terakhir untuk emak.







SELAMAT HARI WANITA



MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Thursday 3 March 2016

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Kerugian"

Assalamualaikum w.b.t







Manusia sekarang ni, ramai yang tak menghormati waktu orang lain. Maklumlah zaman serba pantas katanya, semua nak kejar masa sendiri. Tapi kena ingat, penting tau untuk kita menghormati masa orang lain. Jangan disebabkan kita, jadual masa orang lain jadi kucar-kacir. Kita pun tak suka, kan?

Dalam kes aku ni, aku geram jugak orang yang nak lepaskan hal dia je. Contohnya, klinik tutup pukul 6.00 petang. Dah di beritahu pun waktu dia call. Padahal malam boleh je buat appointment untuk nak scaling ke apa ke yang tak urgent. Pukul 6.00 tu jugak dia nak datang, dia free time tu katanya. Aku tau merekalah sumber rezeki aku. Bukan maksud aku tak nak bersyukur. Tapi aku pun selain doktor gigi, aku pun ada hal lain jugak di rumah atau di luar rumah atau di belakang rumah atau di mana sajalah. Aku cuma nak tekankan hormati waktu orang lain. Aku boleh tolerate kalau yang memang urgent sampai aku kene tunggu dan stay. Aku tak boleh nak tahan jiwa yang jenis hati kering redah je datang time klinik nak katup dah, lepas tu "Eh, sorry doktor..sorry buat doktor tunggu. Saya ada hal malam ni, so tak boleh nak datang malam". Aku punya hal malam, macam mana? Ok, hari-hari Jumaat ni pulaklah kau nak cakap pasal hal malam kann. Hahaha. 

Ada jugak patient yang tak hormati masa patient lain. Datang walk-in je tak ada appointment, tapi demand nak selesaikan semua masalah dia hari ini juga. Padahal waktu dan patient yang dah buat appointment tu dah sampai. Bila di beritahu, "Encik/Puan, rasanya tak dapat nak buat hari ini sebab next patient dah sampai. Atau kalau encik/puan boleh tunggu luar kejap, saya settlekan patient appointment, nanti encik/puan saya panggil masuk balik. Atau encik/puan boleh ambil appointment hari lain.Boleh?". Ada jugak yang tanya balik, "So doktor tak boleh buat lah? Saya sibuk doktor, sekarang je time saya sempat nak ke sini" dengan keadaan yang insist tanak bangun dari dental chair. Adoi. Aku tak tahu lah dia paham ke tak explaination aku tadi. Bukan aku tak boleh buat atau aku tanak buat, HORMATILAH MASA ORANG LAIN. 

Kadang ada juga situasi orang lain yang jadual padat, dah di susun jadualnya dari A sampai Z, sebabkan orang yang ada temujanji dengan dia ni lewat, habis berterabur jadual yang dah elok tersusun untuk satu hari. Kita kena pikir sibuk orang lain jugak. Bukan awak sorang je yang sibuk dalam dunia ni.




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Wednesday 2 March 2016

Bila kau sorang je rasa kau cantik

Assalamualaikum w.b.t

Aloha !

Satu hari ni aku rasa macam nak ketawakan diri sendiri je. Aku tak tahulah ape yang dah aku lakukan. Adakah gesaan hormon? Ataukah aku kerasukkan? Atau atau atau. Ah ! Aku tak mengerti. Hahaha.

Ceritanya begini...

Semalam, aku browsing sana sini, tiba-tiba dalam facebook taman perumahan aku, aku jumpa ada MUA ni nak cari newbie talent untuk di makeupkan untuk satu produk kecantikkan ni. Entah kenapa macam tak sedar diri aku teruja. Teruja sangat. Aku bagaikan lupa yang aku ni dah lah alignment lari, perut memboyot, 2 hari sudah naik sisik kering kat mata sebab alergi apa entah. Hahaha. Aku rasa dengan senarai yang seberapa di atas tu pun memang aku tak lepas saringan pun. Hahaha. Tapi aku tak terpikir langsung pun yang aku takkan lepas saringan. Tak tau kenapa rasa perasan dalam diri aku tebal betul semalam. Hahahaha. Sumpah tebal. Hahahahaha. 

MUA (makeup artist) tu kata nak gamba closeup pakai makeup ke tak pakai ke. Ikut suka. Kalau boleh muka flawless takada masalah kulit. Hahahahahaha. PM dia sesiapa berminat. Disebabkan perasaan perasan aku yang sumpah tebal semalam, aku boleh terpikir "gambar aku banyak dalam laptop. aku pm dia pakai laptop jelah." Hahahahaha. Tapi, tak sempat nak belek gamba sebab petang ramai pula patient.

Lepas habis buat rawatan patient, aku cari balik post MUA tu. Tak jumpa ! Aku cari pakai laptop, aku cari pakai phone. Tak jumpa jugak. Aku sedih. Hahahaha. Sebab sedih, balik kerja aku beli aiskrim paddlepop. Ok, tak ada kaitan, 

Keesokkan harinya, aku masih tak lupa pasal MUA tu. Aku terus berusaha cari post atau FB dia. TARAA !! Aku jumpa ! Hahahaha. Aku seronok. Tapi dari semalam aku tak bagi tau suami aku pasal MUA ni, aku tau kenyataan aku akan membuatkan dia gelakkan aku sampai dia mengigau malam-malam. Pepagi aku dah PM dia tanya pasal post dia semalam. 


Salam.
Post semalam tentang makeup tu masih valid ke?
Saya berminat.

Wsalam.
Oh tengok kat mana ya post tu?

Saya terbaca kat page Taman X.
Tak sempat nak PM semalam.

Oh sebab semalam tak ada oang response jd sy delete.
Ok, boleh hantar gambar?

Oh  yeke.
Ok kejap.
Tapi saya pregnant.
Gamba muka je kan?

Takpe.
Haah close up.


Ini gamba yang pakai makeup.




















KRIK..KRIKK..KRIKKK..

Menunggu reply yang tak kunjung tiba. HAHAHAHAHAHAHA !! Baru padan muka aku. Kengkonon ada hati nak jadik model. Hahahaha. Barulah aku tersedar dari renjatan hormon anak perempuan aku, yang aku ni saringan pun tak lepas. Jadi bawak-bawak jelah mengucap dari konon-konon nak jadi model. Model kecantikkan pulak tu. Anak aku si Noah pun tengok aku kat rumah haritu macam nampak hantu. Berpeluk-peluk dia dengan Ayah dia tak nak tengok aku. Pun masih ada hati aku ni. Hahahaha, 


TIBA-TIBA..

Ada reply dari MUA. Masa tu aku rasa Eh ! Ada harapan rupanya.

Sebenarnya, sy dah ada model untuk di makeupkan.
Sebab awak tinggal dekat je, rasa boleh juga kalau awak datang.
Malam ni boleh?


Sakitnya-tuh-disini-didalam-hatiku sungguh aku waktu tu. Hahahaha. Aku menjadi pilihan no.2 sebab aku tinggal dekat-dekat. Ulang suara, sebab aku tinggal dekat. Hahaha. Aku rasa waktu tu aku harus mengucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk suami aku tersayang sebab beli rumah kat Taman X. Hahaha. Atleast sebab itu, aku tak berapa nak di reject. Hahahaha. Disebabkan malam ni sampai malam-malam sepanjang minggu ni aku sibuk kehulu kehilir, aku tak dapat nak memenuhi undangan dia untuk di makeup-kan malam ni.

Selepas kejadian ini, aku pun mula muhasabah diri. Hahahaha !




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--


Tuesday 1 March 2016

The Collage of Happines !

Assalamualaikum w.b.t


I simply call this as a collage of happiness :)

Hari ni terasa nak mengimbau kenangan-kenangan silam. Tiba-tiba rasa nak buat collage. Maka tersingkaplah kembali memori-memori usang. Cewahhh.


Setiap satu gambar tu mengembalikan balik semua memori yang terselindung di belakangnya. Memori yang bila aku kenang kembali membuatkan aku rasa bagaikan remuk redam hati aku ialah bila aku terjumpa kembali gambar-gambar sewaktu aku kurus ! Huwaaaaaa ! 



Kadang kita rasa perjalanan kita tak semudah orang lain. Tapi, mana kita tau perjalanan orang lain tu mudah. Kita je yang buat anggapan sendiri. Dan, takkanlah orang lain nak jaja cerita buruk dia kan. Itu pun antara sebab kenapa kita asyik nampak 'cantik' jalan orang je berbanding kita sendiri.


Pokok pangkal ceritanya, marilah kita bersyukur. Rezeki bukan sekadar duit berkepuk dalam bank, bawah bantal, bawah karpet. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Badan sihat. Keluarga bahagia. Umur panjang. Anak-anak sihat. Selalu dapat spent time dengan family. Hati gembira. Atau, dapat isteri comey gemilang terbilang macam kakton ni ha. Lol !

Tak tau kenapa mood harini mood ustazah datang. Haha. Jadi itu sajalah tazkirah dari kaktong untuk hangpa. Hahaha.



MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,---
Sunday 28 February 2016

Bengkung lepas bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Two month to go !

Tak lama lagi dah nak beranak. Sekarang tengah sibuk cari bengkung. Haha. Bukanlah anak pertama aku tak ada bengkung atau tak pakai bengkung. Aku ada bengkung dan aku pakai, tapi tak selesa. Masa tu sebelum beli tanya-tanya orang je, and tengok kakak aku dulu pakai bengkung apa. Ramai yang pakai jenis bengkung bertali.


Bengkung bertali


Bengkung jenis ni memang mudah nak pakai. Boleh pakai sambil berdiri atau berbaring. Kalau dulu masa anak pertama, kalau aku pakai sendiri sambil diri. Tapi mak aku suka pakaikan aku sambil baring. Lebih kejab katanya. Mana-mana pun okey. Ikut keselesaan. 

Awal-awal ikat memang rasa selesa, rasa kejab sangat. Walaupun pantang tapi takkanlah tak ada gerak langsung, kan. Nak-nak yang berpantang sendiri. Jadi bengkung ni akan jadi cepat longgar. So kena re-ketatkan balik tali-temali dia. Kalau aku pakai dulu, siap bergulung bengkung tu dari bawah ke atas. Hahahaha. Lepas tu aku tak selesa sebab bila dah bergulung, mulalah kedut-kedut kat pinggang, nanti rasa tak selesa, rasa gatal-gatal, panas. Ah kauuu..dah memang kau bangsa tak suka pakai barut banyak pulak kau nak condemn. 

So, kali ni untuk anak kedua setelah bertanya-tanya kawan-kawan yang body dah cantik molek balik, rupanya mereka ramai yang pakai bengkung lilit jawa.

Bengkung Lilitan Jawa


Bengkung jenis ni banyak jenis material yang orang pakai. Tapi yang selalu aku dengar dan tengok yang jenis kain cotton belacu. Bengkung ni panjangnya ada yang 7 meter, 12 meter dan bermeter-meter. Aku rasa untuk aku 12 meter okey dah. Kalau 7 meter tak boleh nak ikat abis pulak nanti, memang sangat LOL untuk aku. Ada dua cara ikatan untuk bengkung lilit ni. Satu macam gambar di atas. Satu lagi macam gambar di bawah.

Bengkung Lilit

Ok, ini cara ikat bengkung lilitan jawa. Aku bagi tengok video sikit macam mana nak ikat bengkung yang bermeter-meter ni. Dalam video ni, orang putih yang demo-kan cara ikat bengkung ni. Orang putih pun dah pandai berbengkung dah sekarang. Lepas pakai bengkung, terus pakai seluar jeans kauu. Kau boleh ke Jemahh? Hahahaha. Awal-awal aku tengok video ni, aku terkejut, dah kenapa dia nak demo-kan pada orang pregnant? Tapi lepas tengok sampai habis, rupanya yang pakaikan bengkung tu doula. So, itu post-partum punya tummy. Terus aku panjatkan doa yang tak putus-putus kepada Allah s.w.t supaya hindari aku dari perut post-partum yang 'luar biasa' seperti dalam video. Huhuhuhu. Satu lagi aku terpikir lepas tengok video ni, sebenarnya petua-petua orang tua-tua suruh berbengkunglah, bedung babylah ape semua tu, kita buat pandang enteng je. Termasuk aku. Ok bai. Kita rasa macam "alahh dah tak valid-lah nak buat semua tu" atau "Sekarang ni orang main instant je. Lecehlah nak bengkung-bengkung, tungku-tungku" atau "Aku tak buat time pantang anak pertama tak ada apa pun, ok je. Boleh je beranak dua tiga orang lagi" dan sebagainya. Sebab kita mungkin tak nampak kebaikkannya. Termasuk aku. Ok bai. Orang barat sikit-sikit dah mula ikut cara traditional kita. Mesti mereka dah nampak yang bengkung betul-betul, akan mendatangkan kesan positif. Jadi marilah kita berpantang elok-elok untuk anak kedua. Nasihat aku kepada diri aku sendiri. Lol.


Demo mengikat bengkung lilitan jawa


Aku survey-survey video cara ikat bengkung lilitan jawa ni memang renyah bhaii. Tapi, jitu hatiku nak pakai jugak sebab aku dah nampak kesan positif dari pakai bengkung lilit jawa ni macam mat salleh dalam video ni nampak. Hahaha. Poyo kau bhaii. Uols jangan risau, nanti aku akan update kat uols berapa hari je sudahnya aku mampu nak tahan renyah nak pakai bengkung lilit jawa ni. Hahahaha. 

Ada juga jenis bengkung yang lain yakni bengkung roda/zigzag. Uols terbayang apa bila aku sebut jenis bengkung roda? Hahaha. Ok, ini bukan bengkung pakai roda basikal ke roda lori ke roda. Cuma nama je okey uols. Ada apa pada nama. Lol. Aku pun taktau kenapa nama dia bengkung roda, tapi rasanya lebih afdal kalau aku panggil bengkung zigzag. Hahaha. 


Bengkung Zig Zag


Bengkung zig zag ni size tak boleh di ubah. Maksudnya, badan uols sebelum pregnant kalau size S, bermakna belilah size S. Kalau nak pilih bengkung, lebih afdal kalau yang dapat cover perut sampai pinggul sampai bawah punggung. Barulah punggung and pinggul we'ols boleh kecik balik. Bengkung jenis zig zag ni ada attached sekalikain warna gelap kat depan. Kenapa begitu? Sebab supaya bila mak bidan sapu herba-herba apa-apa atau minyak-minyak urut, tak terlalu mengotorkan bengkung tu nanti. Gitcheww katanyaa. 



Demo ikatan Bengkung Zig Zag


Tapi, lepas aku jumpa bengkung zig zag ni, aku jumpa pula bengkung bertali. Pada awalnya aku tengok macam sama je bengkung zig zag dengan bengkung tali ni. Setelah puas ku amat-amati cara ikatannya, ternyata tak sama. Haha. Apa bezanya ? Bengkung bertali ni ikatannya tak zig zag. Tali kiri ikat tali kanan dari bawah sampai atas. Oh ya ! Ikat bengkung ni bukan boleh suka-suka nak mula dari mana. Setahu aku, lebih afdal tak abis-abis dengan kau punya afdol ikat dari bawah ke atas. Kenapa ? Jangan tanya aku, aku bukan mak bidan. Aku adalah Kakton Saudagar Kain. Lol. 


Bengkung Tali

Last sekali, Bengkung Modern. Bengkung modern ni banyak jenisnya. Nak yang strap-on, nak yang jenis tube sarung terus, nak yang jenis girdle, nak mahal lagi jenis Premium Beautiful. Part bengkung modern ni, bagi aku bolehlah nak pakai time dah start kerja lepas confinement. Nak-nak untuk yang majikan kasi confinement 2 bulan je. Anak dah lah lahir 2.56kg je. halus yang amat. tak dan dah besar dah hantar pengasuh. Tawakal je lah. Aku ler tu orangnya. Haha. 




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--












Thursday 25 February 2016

9 perkara yang boleh menyakitkan hati

Assalamualaikum w.b.t

"Eh, kau kene minum air ni, sebab anak aku minum air ni dia belajar selalu dapat no 1. Anak kau kan selalu dapat nombor banyak bila periksa. Cubalah try".

First, yang cakap tu anak kau baru sorang. Apa pembuktiannya air tu memang berkesan untuk anak kau? Mungkin anak kau memang cerdik, rajin. Maka selalulah dia dapat no.1 dalam peperiksaan. Kalaulah memang anak-anak dia berderet memang dia beri minum air X tu, semua memang pandai-pandai, exam tak pernah dapat nombor 4 pun, memang bolehlah aku nak percaya. Hahaha. Tambah-tambah anak dia perempuan pulak. Sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah ni, dari pemerhatian dan pengalaman aku lah, yang perempuan memang banyak scorer. Yang lelaki ni masih suam-suam kuku bab belajar sebab time tulah time bermain yang abadi untuk budak-budak lelaki ni. Hahaha. Bila naik sekolah menengah, university, yang lelaki dah mula ramai yang pointer dan result top. Kenapa? Senang je jawapan dia. Yang perempuan dah mula pasang angan-angan nak pelamin warna apa, baju kahwin tema apa dan sewaktu dengannya. Lol ! Tak semualah kan opkos. Aku tak termasuklah opkos. Aku kaki studi dulu. Tipu. Lol !

"Kau kena minum air soya dengan susu waktu mengandung ni nanti anak putih. Tengok macam anak aku".

Mak senja. Bapak maghrib. Mana nak datang anak putih melepak? Teguklah air soya sampai berbuih mulut pun, secara logiknya boleh ke? Melainkan, tertukar anak. Hahaha.

"Bagus kalau kau minum benda ni, Anak aku tak kena kuning langsung lepas bersalin".

Anak kau yang lain kena jaundice lepas lahir. Anak kau yang sorang ni tak kena sebab benda kau minum tu kononnya. Ada orang tak minum apa-apa pun anak tak jaundice pun lepas bersalin. Jadi? Kau tak rasa ke itu kebetulan dan imaginasi liar kau semata-mata? Hahaha.

"Budak demam tak boleh selalu mandikan".

Budak demamlah kena selalu mandikan supaya badan tak naik panas. Kalau demam panas pergi hospital pun, ape nurse dengan doktor buat? Basahkan badan budak tu dengan air, dari kaki sampai kepala. Kalau tak mandikan pun untuk apa kita basah-basahkan budak tu dengan kain basah kat kepala? Sebab nak turunkan panas dia, kan? Samalah konsep dia dengan mandikan budak tu. Cuma budak tu akan jadi mudah selesema pulak sebab sejuk selalu mandikan. Tapi dari, anak panas tangkap sampai kepala, tak apalah selesema sikit. Ye tak? YE. Hehehe.

"Janganlah di kendong je anak tu. Jadi manjalah nanti dia".

Kau sanggup ke dengar anak kau menangis sampai tegang-tegang urat tengkuk dia mintak kena peluk, mintak di dukung? Kalau sampai yang bersujud-sujud kat kaki kau mintak dukung macam anak aku sebab dia belom faham erti "tunggu sekejap". Macamana kalau macam tu? Kau nak aku biarkan je dia? Kalau dia manja pun apa masalahnya? Baby terutamanaya memang sinonim dengan manja. Takkan kau harap bayi tu boleh berdikari dan paham arahan kau. "Kejap, mak nak mandi. Jangan nangis jap lagi mak bagi susu". Dan anak kau yang umur 7 bulan tu pun dengan patuhnya diam dan tunggu sampai kau habis mandi. Boleh ke kau buat macam tu? Kalau boleh, sila PM aku. Aku nak menuntut ilmu. Hahaha. Kalau anak kita nak manja nak berkendong pun tak adalah sampai umur 13 tahun pun kan? Sementara dia ada rasa nak manja dengan kita, kita manjakan dia. Nanti dah besar, kau plak jadi menagih-nagih perhatian dia. time tu dia dah sibuk main dengan kawan tak pedulikan kau dah. Baru kau tau. So cherish every moment k.

"Kenapa kau tak kasi anak kau susu badan? Kau bagi minum susu tepung? Nanti anak kau macam lembu nanti banyak DNA lembu dalam badan dia".

Ini pun jenis banyak aku jumpa. Eh, suka-suka akulah nak kasi susu apa kat anak aku. Hahaha. U don't know how regret the mother feel when they have no choice other than to switch to formula milk. Beruntunglah kalau kau boleh sediakan susu untuk anak kau hari-hari. Kita pun tak tau pasti apa sebab mak-mak tu terpaksa berhentikan susu badan untuk anak. Mungkin bagi orang yang susu badan melimpah, rasa remeh sangat alasan kau jemahh nak stopkan susu badan untuk anak kau. Tapi, REMEMBER, tak semua masalah yang kita rasa kecil, kecil juga untuk orang lain. Ingat tu. Belajar untuk hormat keputusan orang lain. I hate it bila ada mom bullies ni. Ada mak yang tanya for opinion, apa-apa mesti ada orang akan bash dia dulu. COME ON ! Entah-entah dia nak taip untuk public baca masalah dia tu pun dia rasa malu dan sampai kumpul courage nak tanya. STOP JUDGING. Just help as much as u can. Jangan condemn apa keputusan dia.

"Aku taknak vaccine-kan anak aku. Buat apa nak vaccine kan. Anak aku yang pertama okey je aku tak vaccine."

OK.OK.OK.
Bab tak nak vaccine ni really get my nerve. Tarik napas hembus napas. Tenangkan diri. Ok sambung. Anti-vacc ni tak habis-habis akan kata, nak vaccine ke tak nak ke itu hak individu. I.G.N.O.R.A.N.C.E. Such an ignorance statement. Anak kau yang tak vaccine tu boleh jadi permulaan outbreak penyakit-penyakit merbahaya padat sesuatu kawasan. Katalah anak yang tak di vaksin main kat padang permainan. Ada pendatang asing yang ada pertussis contohnya. (Pertusis = Batuk kokol). Jangkit pada anak yang tak di vaksin tadi. dia balik rumah, dia main dengan kakak atau abang dia pun sama tak vakcin juga. Kakak atau abang dia pun terjangkit. Jadilah penularan penyakit batuk kokol. Gitchew. Kalau anak yang di vaksin tak adalah jadi kebal terus dari kena batuk tu. Boleh boleh kena juga, tapi badan ada antibodi untuk nak lawan virus batuk kokol tu. So, mungkin akan jadi batuk biasa sahaja tak melarat jadi batuk kokol. Anak-anak yang tak di vaksin tapi sihat walafiat tu, itu di namakan "herd immunity". Apa pulak kau ni tonn herd immunity pulak ni. Herd immunity ni maksudnya, komuniti di suatu kawasan tu bebas dari jangkitan-jangkitan sakit merbahaya atas sebab komuniti tu dah immune dengan penyakit tu atau senang kata dah ambil vaccination. Menyebabkan indirect protection untuk individu yang tak di vaksin ni. Kira macam parasit lah senang individu tak vaksin ni. OK. Kalau aku nak cerita lebih, boleh sakit jantung aku. So. tu jelah dulu penerangan aku pasal vaksin ni.

"Eh Senah kau tengok anak Si Jemah tu. Kawen pun nikah je. Gitu-gitu je majlis die Senah. Kedekut betul. Padahal pangkat besar. Duit banyak."

Makcik pakcik sekalian alam, lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. Eloklah anak Jemah buat majlis ikut semampu dia. Duit yang lebih berkepuk dalam account dia tu nanti, dia nak buat beli rumah CASH ! Haa..makcik mampu? Hahaha. Makcik kalau nak buat meriah, buat kat anak makcik. Aku dulu pun waktu kahwin pun antara orang yang berhabis juga. Sebab asyik fikir sangat apa orang nak kata, apa orang nak tengok. Sudahnya aku cakap kat suami aku, orang datang makan tengok pengantin balik. Bukan orang peduli pun. Aku punya pening sampai kelopak bunga nak warna apa pun nak fikir. Hahahaha. Time majlis, tak ada siapa pun nak peduli warna kelopak bunga aku ! Padan muka aku.

"Kenapa tak dapat anak lagi? Rancang ke?"

Kadang aku paham orang bertanya soalan ni ada yang nak mukadimah untuk nak suggestkan perawatan terbaik, doktor pakar sakit puan terbaik, ubatubatan terbaik. Tapi kalau silap haribulan tanya macam tu boleh terhiris juga hati kecil. Nak tanya soalan-soalan macam ni kene tengok haribulan, pandang kiri kanan atas bawah, tengok depan belakang dulu. Jangan sampai pertanyaan kita tu mengusik hati orang-orang yang sedang mengharapkan zuriat. Rasanya kebanyakkannya kalau dah kahwin mestilah nak anak, kan. Jadi bukan rezki mereka untuk zuriat lagi Aku dulu pun terhiris hati perasaan jugak bila orang tanya camtu. Hahaha. Bila dah ada anak, aku tak adalah nak tanya-tanya merata kenapa tak dapat lagi, kenapa tak dapat lagi. Bagi aku itu semua rezeki Allah. Kalau ada yang bertanya aku jawab. Kalau tak ada tanya, buat apa aku cerita. 


**ada time aku menaip entri ni aku emosi sikit. haha. aku mohon maaf kalau aku ada menyinggung perasaan sesiapa. aku tak niat langsung. 




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,---
Monday 22 February 2016

Bawa anak tengok wayang lepas habis berpantang

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa time bercinta, berapa kali uols tengok wayang? Mesti kerap, kan. Samalah macam aku. Pantang ada cerita up. Haha. Lepas dah kahwin pun, adalah jugak tengok wayang. Belum ada anak lagi, bila-bila rasa ada cerita best nak pergi tu, siap terus pergi je. Tapi bila dah ada anak ni, berpikir-pikir-pikir sudahnya tak jadi. Lol! Tapi hari tu dah gigil sangat nak tengok cerita Dilwale, mak aku tolong aku jagakan Noah kejap. Terimakasih makk muahhcikedd !! Haha. 

Sampai aku ada tanya-tanya kawan-kawan they'ols pergi tak tengok wayang bila dah ada anak? Kalau pergi they'ols buar macam mana? Anak umur berapa baru they'ols pergi tengok wayang? Anak tak meragam ke tengah wayang? Nak-nak tengah adegan kemuncak anak kau meragam kan. Orang tepi kiri kanan atas bawah dah sah-sah menjegil-jegil, menjeling-jeling sampai juling kat kau kan sebab anak kau melalak. Dan kau plak dah sah-sah kene bawak anak keluar dari panggung pujuk anak. Apa makna kau tengok wayang kalau adegan kemuncak kau terlepas. Hahaha. Ada yang bawak je anak tengok wayang. Ada yang tak tengok wayang pun tunggu Astro First.

Tapi semua persoalan aku lenyap setelah aku tau TGV ada menyediakan perkhidmatan kau-boleh-tengok-wayang-bawak-anak-anak-kau-anak-kau-menjerit-pun-tak-ada-siapa-nak-jegil. Atau dalam bahasa orang putihnya, "TGV Family Friendly". Dulu perkhidmatan ni cuma ada kat TGV One Utama je. Sekarang ni dah ada kat banyak cawangan TGV. Yang terbaru TGV AEON Rawang. Seronoklah orang Rawang !



TGV One Utama, TGV Sunway Piramid, TGV Encorp Strand Mall,  TGV Jaya Shopping Center, TGV AEON Cheras Selatan, TGV AEON AU2 Setiawangsa, TGV AEON Bukit Raja dan TGV AEON Rawang.

At 11.00 am

EVERY WEEKEND



Ticket price :
Dewasa - RM 10
Kanak-kanak (bawah 12 Tahun) -  RM 5
Kanak-kanak (bawah 3 Tahun) -  PERCUMA


Tapi, tak bolehlah mak ayah anak sederet, dihangkut semua sampai 6-7 orang anak masuk sekali. Hahaha. Ada limitation.

1 ADULT : 2 KIDS

Kalau anak ramai, kena bawalah 2-3 orang dewasa untuk cukupkan kuota seperti di atas. Dewasa yang tak ada bawa kanak-kanak pun TGV takkan allow masuk. Yelah, kot-kotlah orang berniat tak baik ke kan. dalam tu dah lah banyak budak-budak. Nauzubillah. Kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa pun tak boleh masuk. Contohnya, mak tengah gigil sangat nak shopping, anak-anak banyak sangat ragam. Anak pertama katalah umur 13 tahun. Dia biasa je handle adik-adik dia time mak sibuk. Mak dapat idea yang super bernas nak suruh anak-anak dia ni pergi tengok wayang, sebab waktu tu hari Sabtu/Ahad dan nak dekat jam 11.00 pagi, dan si abang  umut 13 tahun tu yang akan jaga. TAK BOLEH. Hahahaha. Sebab tak ada pengawasan orang dewasa. Paham ke paham? Baguss. Hahaha. 



Aku kasi video sikit macamana keadaan dalam Family friendly Cinema tu.




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--