Pages

Monday 22 February 2016

Bawa anak tengok wayang lepas habis berpantang

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa time bercinta, berapa kali uols tengok wayang? Mesti kerap, kan. Samalah macam aku. Pantang ada cerita up. Haha. Lepas dah kahwin pun, adalah jugak tengok wayang. Belum ada anak lagi, bila-bila rasa ada cerita best nak pergi tu, siap terus pergi je. Tapi bila dah ada anak ni, berpikir-pikir-pikir sudahnya tak jadi. Lol! Tapi hari tu dah gigil sangat nak tengok cerita Dilwale, mak aku tolong aku jagakan Noah kejap. Terimakasih makk muahhcikedd !! Haha. 

Sampai aku ada tanya-tanya kawan-kawan they'ols pergi tak tengok wayang bila dah ada anak? Kalau pergi they'ols buar macam mana? Anak umur berapa baru they'ols pergi tengok wayang? Anak tak meragam ke tengah wayang? Nak-nak tengah adegan kemuncak anak kau meragam kan. Orang tepi kiri kanan atas bawah dah sah-sah menjegil-jegil, menjeling-jeling sampai juling kat kau kan sebab anak kau melalak. Dan kau plak dah sah-sah kene bawak anak keluar dari panggung pujuk anak. Apa makna kau tengok wayang kalau adegan kemuncak kau terlepas. Hahaha. Ada yang bawak je anak tengok wayang. Ada yang tak tengok wayang pun tunggu Astro First.

Tapi semua persoalan aku lenyap setelah aku tau TGV ada menyediakan perkhidmatan kau-boleh-tengok-wayang-bawak-anak-anak-kau-anak-kau-menjerit-pun-tak-ada-siapa-nak-jegil. Atau dalam bahasa orang putihnya, "TGV Family Friendly". Dulu perkhidmatan ni cuma ada kat TGV One Utama je. Sekarang ni dah ada kat banyak cawangan TGV. Yang terbaru TGV AEON Rawang. Seronoklah orang Rawang !



TGV One Utama, TGV Sunway Piramid, TGV Encorp Strand Mall,  TGV Jaya Shopping Center, TGV AEON Cheras Selatan, TGV AEON AU2 Setiawangsa, TGV AEON Bukit Raja dan TGV AEON Rawang.

At 11.00 am

EVERY WEEKEND



Ticket price :
Dewasa - RM 10
Kanak-kanak (bawah 12 Tahun) -  RM 5
Kanak-kanak (bawah 3 Tahun) -  PERCUMA


Tapi, tak bolehlah mak ayah anak sederet, dihangkut semua sampai 6-7 orang anak masuk sekali. Hahaha. Ada limitation.

1 ADULT : 2 KIDS

Kalau anak ramai, kena bawalah 2-3 orang dewasa untuk cukupkan kuota seperti di atas. Dewasa yang tak ada bawa kanak-kanak pun TGV takkan allow masuk. Yelah, kot-kotlah orang berniat tak baik ke kan. dalam tu dah lah banyak budak-budak. Nauzubillah. Kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa pun tak boleh masuk. Contohnya, mak tengah gigil sangat nak shopping, anak-anak banyak sangat ragam. Anak pertama katalah umur 13 tahun. Dia biasa je handle adik-adik dia time mak sibuk. Mak dapat idea yang super bernas nak suruh anak-anak dia ni pergi tengok wayang, sebab waktu tu hari Sabtu/Ahad dan nak dekat jam 11.00 pagi, dan si abang  umut 13 tahun tu yang akan jaga. TAK BOLEH. Hahahaha. Sebab tak ada pengawasan orang dewasa. Paham ke paham? Baguss. Hahaha. 



Aku kasi video sikit macamana keadaan dalam Family friendly Cinema tu.




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--