Pages

Thursday 28 January 2016

Aku, Noah & Mop baru

Assalamualaikum w.b.t

Sajalah nak cerita. Semalam aku beli mop baru. MANTOP !

Satu pagi aku sampai tempat kerja aku nampak ada satu bekas kecik macam size bekas cooler yang comel. Aku pun tanyalah pada staff :

A : Ape bende ni kak? Comel betul bekas ni.
S : Tempat mop, doktor.
A : Haa? Mop? Macamana nak pakainye?

Maka, staff aku pun demokanlah cara-cara nak pakai tempat mop tu. Amazing race sungguh aku rasa mop tu! Tanpa berlengah lagi aku terus rasa aku WAJIB order satu. Haha. Dengan rasa berkobar aku terus order satu dengan staff aku.

Staff aku ahli Coway. Jadi, dapatlah aku beli dengan harga ahli yang murah. Yeay ! Balik je aku dari bercuti terus aku dapat mop amazing tersebut. Membuak-buak perasaan aku nak balik cepat ke rumah nak mengemop. Lol sangat !

Sampai je rumah teruslah aku mengemas. Tapi mengemas dengan ada si Noah ni memanglah macam tak mengemas. Sibuk aku kemas sini, dia buka port main sebelah sana. Aku kemas sana, dia buka port main kat sini. Sikit-sikit aku kena kejar dia panjat tangga, panjat kerusi and the list goes on. Haha. Begitulahkan kehidupan mak-mak mithali ni. Lol !

Bila aku start je vacuum, si Noah menjerit-jerit nangis. Terkejut aku. Aku ingatkan tangan sepit ke apa ke. Aku off vacuum. Lantas nangis si Noah terus reda dan seperti halilintar memecah bumi aku kena marah dengan si Noah.

N : Yeyeyekkk !! Yeyekkkk !! *nangis*tepuk peha sendiri*tarik telinga sendiri*
A : Sorry sorry. Owah terkejut ya Ami on vacuum. Nanti nak on Ami bagitau dulu ya.
N : Ya!! yahh !! yaaayayayaya !!! Yeyekkkk !!! Dahh dah dahhh !
A : Ok ok ok  dah dah.

Terpaksalah ku hentikan sebentar mengemas main dengan anak dulu. Entah die tak suka bunyi vacuum aku tu kot. Bunyi dia memang bising betul. Haha. Adalah alasan aku nak mintak suami aku beli vacuum baru. Weee!

Misi mengemas bersambung bila suami aku balik dari opis. Senang sikit nak gerak sebab suami aku boleh jaga anak kejap. Bagaikan dirasuk aku mengemas, vacuum, dan mengemop lantai menggunakan mop lantai COSWAY. Haha. Sampai suami aku yang tengah duduk jaga anak berdoa :

S : Ya Allah. Semoga mood mengemas begini terus ada dalam hati isteriku. Amin.
A : Yelah, bile Ami larat boleh lah Ami mengemas ke ape ke. Masalahnye selalu tak larat. Ini pun kemas-kemas, Ayah ada pun, Ayah selalu lambat amek Noah bila panjat ke ape ke... yada yada yada bla bla bla (dan aku pun terus membebel. Hahahahaha)

Moral of the stori, jangan di cucuk angin wanita bekerja, yang mengandung, yang sedang mengemas rumah. Lol ! Tengok dan doa je slow-slow dalam hati. Atau kalau nak lebih selamat, bawalah anak-anak anda ke tempat lain. Kalau isteri tengah kemas atas, bawa anak-anak main kat bawah ke, kat luar rumah ke. Kalau isteri kemas bawah, bawak anak-anak naik main kat atas. Kesimpulannya jauhkan dari wanita yang mengandung yang sedang kerasukkan mengemas rumah. Bila dia penat, tempiasnya anda juga akan rasa nanti. Haha.



TARAA !!


Inilah dia Spin and dry mop !


Ini contoh mop yang super amazing race yang aku cakap tu. Kalau mop biasakan celup-celup dalam baldi perah-perah sampai tangan pun naik melekat habuk dari mop. Mop ni tak mengotorkan tangan dan tak menyakitkan pinggang anda. Celup, dan sambil bercekak pinggang kau boleh spin-spin kan mop tu dalam air, then pindah ke sebelah (masih bercekak pinggang) untuk dry-dry kan, then (masih juga bercekak pinggang) kau boleh mop dengan cemerlangnya. Kau boleh mengemop pakai mop COSWAY ni sambil pakai baju kebaya ketat. (Kenapa tetiba kebaya ketat?)


Ok, dapat bayangkan ke dok macam mana mop amazing race ni berfungsi? Meh, aku belanja satu video macam mana nak guna mop COSWAY ni. Btw, video ni macam lebih-lebih sangat. Biasalahkan video promosi. Paling aku tak tahan saat yang ke 0:33, minah tu siap posing baik punya sambil mop. Haha. Kalau korang nak try buat pun boleh.

Okey everyone ! Enjoy the video.






Eh lupe nak bagitau. Aku bukan agent COSWAY. Malah jauh sekali duta COSWAY. Duta mop COSWAY pun aku tak layak. Haha. Aku saje nak post pasal mop ni sebab aku rasa useful betul untuk kegunaan kat rumah. Nak-nak untuk wanita bekerjaya (ewahh jogett skett) macam aku ni yang balik rumah and tibe-tibe datang mood nak mengemaskan. Bile dah vacuum, sapu ape sumer, bile terpikir nak mop yang leceh terus boleh hilang mood. Seriusness (lol) mop ni sangat membantu untuk boosting up korang punya rasa nak terus mengemas. Haha.


Wednesday 20 January 2016

Gigi tak sakit tak rosak buat apa nak pergi jumpa doktor gigi ? (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam masyarakat kita sekarang, masih ramai yang belum ada kesedaran tentang pentingnya menjaga gigi. Gigi susu atau gigi kekal. Dalam entri ini, akan ditekankan tentang gigi kekal atau gigi dewasa.

Gigi dewasa, akan mula tumbuh seawal usia anak 6 tahun. Gigi ke-6 ini, selalu terlepas pandang oleh ibubapa. Mereka menyangka gigi yang ke-6 ini gigi susu kerana :

1. Tumbuh di bahagian belakang kepada gigi geraham susu terakhir anak.
2. Tumbuh sewaktu semua gigi susu sudah lengkap tumbuh sepenuhnya.

Disebabkan ibubapa menganggap gigi geraham kekal pertama itu sebagai gigi susu, maka mereka tidak ambil kisah sekiranya gigi tersebut rosak akibat berlubang. Mereka menyangka gigi tersebut akan tanggal dan akan digantikan dengan gigi yang baru kelak. SALAH ! Tanggapan itu salah sama sekali ! Banyak kes ditemukan apabila si anak menginjak remaja, mereka sudah kehilangan gigi geraham kekal pertama tersebut.





Dengan tumbuhnya gigi geraham pertama ini, sangat digalakkan untuk membuat perawatan yang dinamakan fissure sealant.

Apa itu fissure sealant ?

Fissure sealant adalah perawatan preventive atau perawatan pencegahan. Perawatan ini adalah tidak menyakitkan sama sekali dan sangat mudah. Fissure sealant adalah untuk mencegah makanan melekat dicelah-celah pit and grooves gigi geraham. Fissure sealant bukan sahaja perawatan untuk gigi geraham kekal pertama, tetapi sangat digalakkan untuk semua gigi geraham termasuk gigi susu.

Fissure sealant ini fungsinya :

1. Mencetekkan pit and grooves yang dalam
2. Menghasilkan permukaan gigi geraham yang licin dan mudah untuk dibersihkan
3. Mengandungi fluoride yang berfungsi menguatkan gigi dan mencegah terjadinya gigi berlubang.





Sebelum                         Selepas


Perawatan fissure sealant boleh dilakukan seawal tumbuhnya gigi geraham susu pertama anak. Sekiranya anak tidak dapat memberikan kerjasama, agak sukar untuk dilakukan perawatan ini walaupun ianya mudah. Supaya anak lebih cooperative, sangat digalakkan ibubapa membiasakan anak-anak berjumpa doktor gigi seawal tumbuhnya gigi lebih kurang umur anak 2 tahun ke atas.

Untuk apa berjumpa doktor gigi sekiranya gigi tidak sakit?

Berjumpa doktor gigi bukanlah hanya apabila gigi sudah sakit. Berjumpalah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk perawatan pencegahan. Untuk perokok, disarankan setiap 4 bulan sekali. Ini kerana rokok mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan gigi menjadi coklat kehitaman. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibersihkan, staining ini akan lebih sukar dibersihkan, dan pesakit akan merasa sensitive dan tidak selesa sewaktu prosedur pembersihan gigi (scaling) dijalankan.

Dengan perjumpaan rutin ke doktor gigi, membolehkan early detection of caries. Lubang di gigi yang masih kecil ini, harus di tampal untuk mengelakkan dari lubang terus menjadi lebih besar dan seterusnya menyebabkan sakit sehingga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak. sekiranya ini berlaku, perawatan yang lebih complex  diperlukan. Berkemungkinan pesakit memerlukan perawatan lanjutan iaitu perawatan akar (Root Canal Treatment).

Untuk anak yang masih kecil, berjumpa dengan doktor gigi adalah untuk membiasakan mereka dengan persekitaran, dengan prosedur dan yang penting mengikat mutual bonding dan trust antara anak dan doktor gigi. Selalunya dalam sesi 'pengenalan' untuk anak-anak yang baru pertama kali dan tiada masalah gigi, untuk anak yang sudah mula berani untuk duduk di dental chair, doktor gigi akan mulakan dengan simple check up dan sekiranya mendapat feedback yang positif, bolehlah meneruskan perawatan dengan polishing menggunakan polishing brush dan polishing paste.


Polishing brush

Polishing paste   


Membina bonding dan trust dalam diri anak terhadap doktor gigi adalah penting. Sekiranya anak sudah ada kepercayaan terhadap seseorang doktor gigi berkenaan, akan tidak timbul masalah kelak apabila anak memerlukan perawatan menampal gigi, pencabutan gigi susu dan sebagainya. Dan ini jugak boleh mengelakkan dari berlakunya situasi yang di panggil dental trauma.

Apa itu perawatan akar (Root Canal Treatment) dan bagaimanakah prosedur perawatannya?







Perawatan akar adalah untuk menyelamatkan gigi yang telah mengalamai kerosakkan yang teruk dan pernah atau sedang mengalami jangkitan (infection). Semasa prosedur perawatan akar, salur akar akan dibersihkan, dibasmi bakteria dan akhir sekali salur akar yang telah kosong dan bersih akan di seal menggunakan bahan tampalan khas. Gigi yang seharusnya menjalani perawatan akar, sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jangkitan dan boleh menyebabkan bengkak di gusi dan sekiranya masih di biarkan, gigi tersebut akan 'mati'. Gigi yang 'mati' (necrosis) lama kelamaan akan bertukar warna menjadi biru kehitaman.

Gigi yang perlu perawatan akar :

1. Gigi yang mengalami kerosakkan yang teruk sehingga menyebabkan sakit sewaktu mengunyah           makanan dan sewaktu mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas.
2. Gigi sudah bertukar menjadi biru kehitaman akibat kemalangan.
3. Sebelum prosedur crown atau bridge.
4. Gigi yang mengalami sakit tiba-tiba yang mengambil masa beberapa minit untuk lega.
5. Gusi bengkak/ada benjolan seperti jerawat di gusi akibat jangkitan dari gigi yang berlubang.
6. Bengkak yang merebakdari gusi sehingga ke muka.
7. Gigi berlubang sehingga mendedahkan salur akar.
8. Gigi sakit apabila meminum air panas dan sakit lega apabila minum air sejuk.

Sekiranya gigi anda ada mengalami antara ciri-ciri di atas, berkemungkinan gigi anda memerlukan perawatan akar. Jangan berlengah, segera berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Untuk perawatan-perawatan gigi yang lain akan diceritakan pada entri-entri selanjutnya. Selamat menunggu. LOL !

Mommy.Wife. Dentist.





Tuesday 19 January 2016

Dedicated to my boy, Noah Ariq

Assalaumalaikum w.b.t

Post kali ni aku dedicate untuk anak aku, Syed Noah Ariq Wafa.

                                         
 
                                                  Yes? I heard someone called my name.



Endometriosis Cyst


Setelah 2 tahun  kahwin, rezeki anak masih belum kunjung tiba. Biasalahkan lepas kahwin mesti kena beranak, kan? *sarcastic* Makcik-makcik haruslahkan dah bertanya-tanya 'ada isi belom?', 'merancang ke?'. Kalau aku merancang pun, gile kau aku nak bagi tau 'YA makcik, saya merancang. Saya belom sedia nak anak. Saya nak honeymoon dulu dengan suami saya.'  Kau ingat makcik tu dah ready ke nak dapat jawapan jujur nan ikhlas cenggitu? Mau tak habis habis perkataan makcik tu sekolahkan aku. Haha. Tapi aku tak pernah merancang, bila-bila Allah nak kasi rezeki anak, aku dengan suami Alhamdulillah je. Tapi perjalanan kami nak dapat si Noah ni tak semudah orang lain. Tapi Alhamdulillah kami tetap bersyukur je, Allah mudahkan kami di tempat lain.


Selepas kahwin, kami adalah weekend huband and wife. Masa tu aku kerja di Perlis. Gigihlah aku dengan husband berulang Perlis-Shah Alam, Shah Alam-Perlis, Perlis-Perak. Boleh dikatakan setiap minggu kami travel. Gigih,kan? Haruslah gigih, demi sebuah cinta yang suci. *ewahh.Joget skett*

Nak di jadikan cerita, satu malam lepas gayut dalam phone dengan si suami, dah good night muah muah ciked, aku pun tidur dengan penuh sweetdream-nya. Tiba-tiba *jeng jeng jeng* perut aku rasa senak cramped yang tak tahu aku nak describe macam mana. Tak pernah aku rasa sakit cenggitu. Dalam kepala aku, aku terpikir 'appendix aku tetibe pecah ke?'. Sebab sakit dia nau nau sangat. Nak bangun dari tilam pun sakit, tapi aku gagahkan jugak kejutkan housemate aku minta tolong hantar aku ke hospital.

Housemate aku waktu tu Kak Jijah. Kak Jijah cuba memecut agak laju dari biasa (selalu dia bawak 50km/j, tapi malam tu dia bawak 55km/j), aku dah macam cacing panas dalam kereta. Lagi satu,tak boleh terhentak sikit sakit dia aku rasa macam nak bukak pintu, terjun kereta. Sakit nau nau.

Akhirnya sampailah aku di hospital bahagian emergancy. Dah siap daftar, tak lama lepas tu nama aku pun di panggil. Doktor pun mulakan buat history taking. Doktor suspect aku mengandung, atau urinary tract infection. Untuk confirmkan aku kenalah buat urine test. Lepas result dapat, doktor confirmkan yang aku tak mengandung and tak ada UTI. So apakah sakit aku ini? Sungguh misteri. Haha. Lalu dengan cemerlangnya doktor terus bagi aku injection IM Voltaren dan doktor suruh aku rehat kejap kat katil. Dalam 15 minit, doktor datang balik, dan terus tanya 

D : Sakit lagi tak miss?
A : Dah doktor cucuk saya Voltaren mestilah dah tak sakit, kalau abis ubat ni sakitlah balik saya
D : Tunggu sekejap. Kejap lagi kita buat USG scan ya.
A : Ok

Tak lama datanglah seorang doktor perempuan muda menyapa aku.

D : Ikut saya ya. Kita pergi scan USG jap.
A : Ok
D : *setting USG unit dan terus scan perut aku*
A : Ada apa-apa yang tak normal ke doktor?
D : *Diam* *krik krik krikk*

Beberapa minit kemudian..

D ; Awak pernah dengar tak honeymoontitis ?
A : Ape tu doktor?
D : Nanti awak google lah *Amek tisu lap lap perut aku lepas tu tulis something atas kertas dan terus ke kaunter nurse*

Bagaikan anak itik pulang petang, aku pun ikut je belakang doktor tu sambil pikir 'kenape aku kena google sendiri sakit aku?'. LOL. Kemudian aku disuruh ambil ubat di farmasi. Panadol dan Ponstan. Aku tak tau ape dosa aku dengan doktor berkenaan, tapi sampai 2 jenis painkiller dia bagi aku. Hahaha. Layan jelah. Zasss. LOL.

Balik rumah aku sambung tidur dengan happy-nya sebab tak sakit kan. Haha. Lepas tu siap-siap nak pergi kerja, then sampai tempat kerja aku boleh buat kerja macam biasa. Tiba-tiba *jeng jeng jeng* ubat tahan sakit doktor tu cucuk dah habis. *cry* Sampai tak mampu dah rasanya nak sambung kerja. Aku terus minta off petang pada boss aku untuk pergi check kat klinik private pula.

Staff-staff recomend aku satu klinik ni di pekan Kangar. Klinik ni GP biasa tapi memang biasa checkup ibu mengandung. Aku pun pergi dengan sebuah pengharapan yang doktor tu boleh tolong aku bagitau apa sakit aku dan tak minta aku google sendiri sakit aku lagi. Sampai di klinik, masuk bilik doktor, macam biasalah kan history taking lagi, then doktor tu scan perut aku.

D : Macam ada something dekat rahim awak.
A : Ada apa?
D : Macam ada cecair dalam kantung, tapi saya tak boleh nak pastikan cecair atau darah. Saya agak mungkin cyst.
A : *GULP*
D : Saya refer awak ke specialist okey? Awak nak ke Hospital mana?
A : Saya tak tahu doktor. Boleh jadi saya balik KL saya jumpa specialist kat sana.
D : Ok, kalau macam tu saya buat open letter. So awak boleh bawak jumpa mana-mana Gynae.
A : Okey.

Keluar dari klinik terus aku call suami aku bagitau pasal cyst. Aku tak boleh nak tunggu dah. Bila datang sakit dia tak boleh nak tahan-tahan dah. Terus aku booked appoinment Gynae kakak aku Dr Marshitah di Gombak. Tunggu memang lama yang amat. Sebab doktor ni jenis check detail and dia akan pergi satu satu.

Bila sampai turn aku check, doktor scan, memang dia kata ada cecair yang kandungannya tak tau apa. Kata doktor itu orang panggil endometriosis cyst. Panik kau aku dengar makin complex sebutan penyakit aku. Haha. Doktor kata, kalau lambat remove, cyst tu boleh melekat-lekat dengan dinding rahim atau melekat-lekat sesama sendiri dan menyebabkan susah mengandung atau lebih teruk lagi tak boleh hamil ! Berderau darah aku dengar 'susah hamil' dengan 'tak boleh hamil'. Aku baru kahwin kot. *sad* Teruslah doktor tu jadualkan slot OT untuk remove cyst minggu depannya.

Minggu depannya aku admit di Tropicana Medical Center untuk laparatomy surgery. Sajalah nak cerita beza laparatomy dengan laparascopy ni, yang '-tomy' ni dia potong kulit perut (sound so scary, kan? Haha). Tapi yang '-scopy' ni die tebuk je sikit kat perut. So yang aku punya si '-tomy'. LOL. (Damn you tomy! Haha). kalau tak salah aku admit hospital tu 3 hari. Boring yang amat duduk hospital ni. Lepas 3 hari aku pun discharge. Wee! Aku dapat MC sebulan kalau tak salah. Seronok sangat dapat MC banyak hari. Tapi, bila dah balik rumah, apa pun tak boleh buat kene berpantang..Jadi, kat mana yang seronoknya? Haha.

Miscariage


Lebih kurang 5 ke 6 bulan lepas aku buat surgical procedure tu, Aku pun mengandung. Alhamdulillah. Tapi, Allah tumpangkan si baby sekejap je dalam perut. Aku miscariage dalam lebih kurang 10 minggu cenggitu.


Masa dah buat pregnancy test kat rumah dan result positif, aku dengan suami dengan tak sabar-sabarnya nak pi check jugak kat doktor. Haha. Macam lah boleh nampak dah si baby tu. LOL. Tapi, aku tak ingat start minggu keberapa, mula ada 'spotting". Aku cuak yang amatlah kan. Mulalah aku pikir bukan-bukan. Suami aku terus ajak aku pergi check kat Hospital Ampang Puteri. Waktu tu first time pregnant, so tak ada gynae yang kami tau yang sesuai lagi. Jadi kami decide jelah ikut suka nak check kat mana. Haha. Doktor scan kata nampak dta 'pregnancy sac'. 


D : You are definitely pregnant. We can see a pregnancy sac. So you don't worry to much. U need a bedrest for a week. Do you want to admit or u want to have a rest at home?

A : Er..admit? Can I have a rest at home je doktor ?
D : Sure. Sure. Can. But your abang need to do all the housework. U need to rest. U can only move your finger. Haha.


Haa..nampak? Doktor tu ajar aku jadi diva kat rumah dan dia suh aku mendiva-diva kan suami aku. Haha.


Walaupun aku rehat, tapi sebab memang belum ada rezeki, jadi aku pun keguguran..Stress jugaklah bila orang selalu tanya aku 'kenapa gugur?'. Aku patut ada jawapan ke untuk soalan tu? Bukan semua orang dah memang tahu ke itu semua hal rezeki? Ada jugak yang ringan mulut cakap '..sebab rahim tak kuat kot..'. Nasib baik suami aku bukan nama Rahim. Kalau suami aku nama Rahim, memang dah tertimbus dalam kerak bumi dah agaknya! Lol ! 

Happy moments

Lebih kurang setahun dari aku miscariage, Allah kurniakan kepada kami rezeki anak. Aku  mengandung ! Alhamdulillah ! Gembira tu tak usah nak ceritalah, kan. Memang gembira sangat. Suami aku pun nampak lagi gembira dari aku. (Eh eh siapa mengandung sebenarnye ni? Haha).

Hari demi hari tunggu dengan sabar tak sabarnya nak pergi scan baby. Kali ni aku try google search  cari Gynae yang okey dan dekat dengan rumah dan tempat aku kerja. Kami decide untuk try check up dengan Dr Raja Juhaidah. Beliau O&G di Hospital Colombia Asia Puchong. Kami senang checkup dengan beliau. Explaination beliau, dan checkup beliau sangat memuaskan hati. Dan juga, appoinment kami selalu dapat paling awal pagi, jadi aku tak perlu nak off atau cuti. Dalam pukul 8.45  pagi ke 8.50 pagi, assistant doctor Kak Nandini akan panggil aku masuk, scan and consultation apa semua, dalam 9.00 pagi selesai. Bayar bil, ambil ubat (kalau ada), dalam 9.15 pagi selesai semua urusan dan aku pun boleh terus drive pergi kerja. Suami aku pun tak perlu nak ganti time balik kerja lama-lama. Wee!

We are so looking forward utk temujanji-temujanji yang akan datang. Sebab excited  lebih. Lol ! Yang lebih buat tak tido malam bila doktor cakap,'checkup bulan depan dah boleh nak tengok baby boy ke baby girl. Nak tau tak? Atau nak surprise?'. Tak pikir panjang dah aku terus jawab 'Nak'. Haha. Tak tidur malam kami suami isteri berteka-teki bay boy ke baby girl. Haha. Kami tak kisah mana-mana pun boleh. tapi kalau boleh nak baby boy dulu. Kononnya, nanti boleh jaga adik-adik. Haha. Kalau baby girl pun, tak sikit pun mengurangkan kegembiraan kami yang dah sampai planet Pluto. Haha.

Maka, sampailah kami di tarikh temujanji untuk tahu baby boy atau baby girl ! Doktor was so sure yang baby kami is a boy ! Alhamdulillah sekali lagi. Dengan tak sabarnya, kami terus carik senarai nama-nama untuk baby boy. Tapi entah kenapa, banyak malam aku selalu mimpi baby girl. Hahaha ! Sampai aku cakap kat doktor, boleh tak re-scan jantina skali lagi sebab saya selalu mimpi baby girl, saya nak beli baju nanti. Hahaha. Nasiblah baik doktor tu layankan jelah aku punya permintaan, so re-scan skali lagi memang nampak pastilah sangat baby kami boy.

Kenapa anak Ami tak gerak

Anak aku dari dalam perut memang suke buat 'surprise' yang boleh buat aku nyaris nak jantung. Haha. Doktor bagi tau EDD pada 14 Januari 2015. 

Sementara menunggu hari, aku pergi kerja macam biasa. Memang tak ada langsung tanda-tanda nak keluar anak aku. Nampak macam selesa betul beliau dalam perut. Anak aku punya aktif dalam perut bukan calang. Dan sangat responsif dengan communication dan rangsangan. Alhamdulillah semua kuasa Allah (bukan nak menunjuk, ada sebab aku cakap statement ni. Terus baca korang akan tau).

Waktu mengandung, aku selalu rasa tak boleh jauh dengan suami. Suami balik kerja, aku MESTI nak menempel. Sampai suami aku nak ke dapur pun aku nak peluk je dari belakang, sama-sama jalan ke dapur. Suami aku pun layankan je. Maka, 'diheret' lah aku ke sana ke sini satu rumah. Aku dah macam organ tambahan kat badan suami aku. Haha. Nak tidur mesti bawah ketiak. Sampai camtu sekali aku obses dengan suami aku, dengan bau suami aku. Hahahahaha !

Suatu hari di hari Jumaat yang di rahmati, bertarikh 16 Januari 2015, aku tengah fikir-fikir macam mana nak celebrate birthday suami aku esok. Sambil fikir sambil buat kerja. Selalunya, anak aku subuh time dia kick boxing aku. Tengahari time dia karate aku. Malam lepas maghrib, time dia main tendang-tendang tulang rusuk aku. Haha. Tapi bila hari tu, sampai petang, aku perasan yang terakhir aku cuma rasa kick boxing je subuh tadi. Tak ada karate. Apa lagi keruk-keruk kat perut. Apa lagi menguit-nguit. Aku panik kejap. Aku sms suami aku. Kalau baby tak gerak juga akau akan terus ke Colombia Asia untuk check. Baby memang tak gerak langsung ! Aku tak pikir panjang dah. Terus start kereta, sambil tu aku cuba gerak-gerakkan perut aku mana tau anak aku kaki tidur macam Ayah dia. Haha. Tapi, memang tak ada respon. Sampai hospital nurse bawa aku ke labor room dan pasangkan CTG kat perut aku nak check jantung baby. Alhamdulillah bunyi jantung anak aku laju macam biasa. Nurse biarkan aku dalam 30 minit nak ambil bacaan CTG. Nurse check bukaan, 1cm je. Hee.

Sementara tunggu tu, nurse call doktor inform pasal aku. Dalam pukul 4 petang macam tu, doktor datang, terus induced aku. Tergamam aku kejap. Haha. Disebabkan doktor dah masukkan ubat induced, aku tak boleh turun katil tak boleh bergerak lebih kurang 30 minit. Terpaksa lah aku minta tolong nurse ambilkan handphone aku nak call suami nak suruh dia datang hospital sebab doktor dah masukkan ubat induced.

Suami pun sampai, mak ayah aku pun sampai. Nurse suruh jalan-jalan dulu bagi cepat laluan buka and cepat bersalin. Ayah aku ajak lepak kat cafe hospital. Aku pun ikut lepak sekali alang-alang nurse pun suruh aku jalan banyak, kan. Haha. Waktu lepak tu aku rasa macam nak buang air, pergi toilet tak ada hasil. Rasa macam nak buang air kecil, pergi toilet tak ada hasil. Memulas-mulas perut aku. Haha. Mak aku kata memang rasa cenggitu. Hati-hati pergi toilet takut terkeluar kat toilet. Haha, Bila dah lepak-lepak tu kami pun naik balik ke labor room. Dah nak maghrib, mak ayah aku pun balik rumah dulu sambil-sambil menunggu perkhabaran-perkhabaran update dari suami aku.

Dengan setia suami aku tunggu, makin malam contraction makin kuat. Oh lupa nak bagitau, setiap kali nurse atau doktor cek bukaan, sakitnya-tuh-disini bukan kepalang okey. Haha. Makin aku tak tahan, aku dah mula pikir nak amek ubat. Aku bagitau suami aku nak ubat, nak minta nurse inject ubat tahan sakit biar cepat sikit lega. Haha. Suami aku pun panggil nurse dan kami pun bincang dengan nurse nak ambil ubat tahan sakit yang mana. Epidural awal-awal aku tak tolak tepi. Dulu operate cyst aku dah dapat epidural. Sampai sekarang rasa sakit pinggang. Aku tak nak menambah beban sendiri. Haha. Kalau injection kata nurse tahan 4 jam. Aku terpikir nanti kalau 4 jam, takkan nak cucuk lagi? Kalau baby tak keluar, sakit masih ada, takkan nak cucuk lagi dan lagi dan lagi? Oh tidak tidak tidak. Bahaya untuk anak kami. Jadi aku decide nak ambil yang paling tak kuat yakni gas. 

Gas ni buat kita khayal kejap. Bila khayal, sakit tu kurang. I tell you, kurang ok, kurang. Pain reducer je. Maka, bila contraction makin kuat, sambil sedut gas tu, terjerit-jerit macam exorcist dalam serkup corong gas tu menahan sakit. Hahaha. Buruk betul rupa aku masa tu agaknya. Haha. Aku paksa suami aku urut kaki nak kurangkan sakit. Haha.Kawan tu baru nak makan. Tak makan dari siang, aku pulak dah macam meroyan-royan minta dia urutkan kaki. Hahaha. Kesian suami aku.. Agaknya kalau tak kerana aku nak beranakkan anak dia, memang aku dah kena hamun balik sebakul agaknya. Hahaha. Dalam aku berkhayal-khayal nurse datang nak cek bukaan. Seingat aku, suami aku cakap waktu tu pukul 10 malam. Aku terdengar sayup-sayup besar kecik besar kecik suara si nurse pesan pada suami aku, kalau air ketuban pecah cepat inform dia. Dalam jam 12 malam gitu, suami aku selak nak tengok dah pecah ke tak air ketuban. Tiba-tiba *pecahhh*. Hahaha. Terus suami aku panggil nurse dan nurse datang bawak segala macam peralatan. Tup tap tup tap nurse-nurse tu setting pemegang, tempat kaki dan sebagainya. Waktu nurse gegas-gegas tengah setting, aku masih tak abis lagi terjerit-jerit sambil sedut gas. Hahaha. Mungkin sebab terlalu annoying dari jam berapa agaknya dengar aku terjerit-jerit (sebab bilik labor aku sebelah kaunter nurse), nurse terus cakap 'puan jangan menjerit-jerit, nanti tak ada tenanga nak push baby'. Oh ! Sound so scary. Maka aku terus menelan jeritan-jeritan sakit aku dengan serta merta. Lol.

Setelah meneran sekuat-kuat hati, maka terlahirlah permata hati kami tepat jam 1.19 pagi. Wee ! Alhamdulillah ! Macam tak percaya pula kami dah ada anak. Syukur kepada Allah meminjamkan kami rasa bahagia dan memberi kami kesempatan untuk merasa sendiri saat-saat yang sangat gembira.


Noah di Taman Buaya Melaka


Genap sudah umur permata hati kami 1 tahun pada 17 Januari 2016 kemarin. Alhamdulillah. Nanti InshaAllah aku akan update post baru untuk Noah's Birthday Partyy !

Sekian.


Mommy.Wife.Dentist.











Sunday 10 January 2016

Anak takut doktor gigi? Ini lah sebabnya...

Assalamualaikum w.b.t.

'Doktor, gigi anak saya ni sakit. Malam je mesti menangis-nangis sakit. Dah bengkak dah rasanya. Cabut jelah doktor asyik menangis malam je. Siang-siang makan gula banyak'.

As easy as that..

Ini ayat lazim yang selalu aku dengar dari parents.

Bila datang patient budak-budak macam ni, tambah dengan parents yang macam 'ni', i feel pity pada si anak. Anak-anak ni mereka tak tahu apa-apa pun. Yang mengajar mereka ni kita sendiri. Parents terutamanya. Nak amek jalan mudah minta di cabut saja gigi si anak. *sigh*

 Parents, please..please..take care of our childrens teeth.


       
Kalau gigi rosak dah macam ini, datang nak tampal, agak-agak si anak sakit tak? Mau tak sakit..Nak tampal gigi bukan macam simen dinding rumah retak ke tampal atap bocor ke, boleh tempek je. Kena drill bersihkan yang hitam-hitam dan coklat-coklat tu sampai putih, then baru tampal. 



Gigi susu bukan sekadar gigi susu, okey. Gigi susu membantu anak-anak punya speech and pronounciation, self-esteem. Kalau gigi selalu sakit, sure anak-anak tu tak nak gosok gigi, tak nak makan nasi. Jadi macam mana anak tu nak dapat zat, nak sihat, nak membesar, otak nak cergas. tak boleh fokus belajar atau bermain okey kalau sakit gigi tau? Bila kita sakit gigi, baru tau rasa sakit tu macam mana !

Bawa anak jumpa doktor gigi waktu gigi tengah sakit. And, first experience pulak ! *facepalm sangat okeh!* Sangatlah high chances anak tu akan dapat dental trauma mak-mak, pak-pak sekalian alam. *menaip sambil facepalm*. Anak tengah sakit, mak (selalunya mak yang akan masuk temankan anak. Yang bapak dok luar layan wifi laju free) terjerit-jerit suruh anak bukak mulut, baring atas dental chair, buat apa yang dentist suruh. Haha. Yang lebih sakitnya-tuh-di-sini-di-dalam-hati-ku tu yang jenis insist suh doktor cabut gigi anak. Sebab dah berapa malam anak melalak sakit ganggu dia tidur. Jenis ni pun ada tuan-tuan dan puan-tuan. Alahai. 

Anak-anak pun ada perasaan macam kita. Apa kita rasa anak-anak tu pun ada perasaan macam tu jugak. Jadi, cuba bayangkan, gigi kita buruk, senyum gigi semua buruk, mulut berbau, kita tak rasa malu? Malu, kan? Samalah dengan anak-anak kita. Kalau gigi berlubang, sakit tak? Sakit, kan? Samalah mereka rasa macam tu jugak. 

Orang ramai complaint, dental treatment di private practice mahal. Tapi, apa yang orang tak tau, cost untuk preventive jauh lagi murah. Datang setiap 6 bulan sekali untuk check gigi, scaling if necessary, fissure sealent untuk deep pit and fissure. Private practice bukak Sabtu lagi. Ada jugak yang Ahad buka. Ada jugak yang hari cuti-cuti Malaysia semua dia bukak. LOL. So takkan tak boleh nak spent just a day bawak anak-anak dan diri sendiri checkup. Jangan nak tunggu time hujung tahun nak claim baru bawak opah, atok, onyang, anak jiran, abang jiran, adik ipar punya sepupu, kakak sedara punya sepupu punya mertua datang. Haha. Bukan tak boleh, tapi boleh hang system akalau itu macam punya serbu. Haha. 

Selalunya treatment untuk kanak-kanak ni, elok bawak time diorang tengah sihat. Time tengah mood baik. Selalunya, untuk anak-anak yang pertama kali datang, tak ada masalah apa-apa, aku akan ajak 'kira gigi'. Sambil aku kira sampai 20, aku check satu-satu giginya. Selalunya works! Haha. Kalau tengok mood si anak masih okey, aku try aproach nak 'gosokkan gigi pakai berus kecik kaler-kaler' (polishing). Nasib baik klinik aku ade berus kecik multi-color. Aku suruh si anak pilih warna berus. Kalau dia dah pilih, maksudnya itulah ’soft approval' untuk aku teruskan pemujukkan. Haha. Kalau untuk girls, tunjuk je brush warna pink, polishing paste warna pink. Mesti si anak terus feeling princess dan akan akan okey. LOL. Kadang-kadang aku suka berlagak dengan patient budak-budak ni yang 'toothbrush' ada lampu, yang diorang punya kat rumah tak ada. Haha.
                              
                                       
Brush yang pink dan blue memang selalunya laku among kids. Yang warna kuning tu memang selalu tak laku. LOL.

Tapi untuk anak yang datang gigi berlubang, sakit time makan, tapi tidur tak sakit, maksudnya InshaAllah gigi tu boleh di tampal lagi. Maksudnya sakit time makan tu sebab sensitive sebab ada lubang. Selalunya, kes yang macam ni yang mencabar sikit kalau first timer. Kena betul-betul careful waktu bersihkan kotor-kotor pada gigi, jangan sampai ada rasa sakit. Sekali kau buat dia sakit, kau memang cari nahas. Haha. Dia boleh tutup mulut tak nak buka mulut terus. Mak bapak dia pun rasa macam nak hempuk kau sebab kene pujuk balik dari awal nak suruh anak bukak mulut. Hahaha. Atleast, satu gigi dah berjaya tampal dengan cemerlang dan penuh bergaya, lepas ni si anak dah tak takut dah nak datang lagi. Dah boleh bertepuk tampar dah lepas ni dengan dia. Hahaha.

Untuk patient boy, nak tanak aku kene konon-konon tau semua kartun-kartun animasi Ultraman, Boboboi dan ape ape ape lagi lah aku tak tau sangat. Haha. Anak aku baru setahun, katun Disney Junior aku taulah. Haha. Kalau patient girl, sebutlah segala jenis princess yang terkini kecuali Princess Fiona (Shrek). Mih mih mih. Setakat ni aku belum jumpa patient yang mengidolakan Princess Fiona Shrek. Lol.

Jadi bila first appoinment mereka dah happy, tak sakit InshaAllah takkan ada masalah untuk pujuk mereka datang lagi. Parents tak pening kepala, aku pun tak serabut nak pikir strategy. Haha. Every child is unique. Different strategy for different kids. Ingat perang je ke nak pakai strategy? Haha.

Memang aku akui treating a child ni memang renyah dan mencabar. Mulut kena manis, hokey. Haha. Ada time, sepanjang treatment aku pot pet pot pet. Kalau kau tanya aku ape aku cerita kat budak tu for the whole treatment, gerenti aku tak ingat lagi. Hahaha. Yang penting mission accomplish and kids patient tu happy. Tapi for me, satu kepuasan untuk aku bila aku berjaya buat patient tu tak takut dentist dan berjaya buat treatment pada mereka. Rasa macam, dunia ini aku yang punye. LOL.


Mummy. Wife. Dentist.



Sunday 3 January 2016

Noah is turning 1 soon !

Assalamualaikum.

Wah !

Bersawang sangat blog ni tak di update. Haha. So so so many things going on, so blog ni terus terlupakan. But from now, I'll start to keep this blog updated. InshaAllah akan ada banyak interesting post yang akan Sara post okey :)

Starting with my little boy birthday preparation.

I thought birthday preparation is simple. Alah birthday baby 1 tahun je kut. Getus hati ku. Haha. Bila dah start, macam-macam nak pikir. Hamek kau ! Biasalahkan mommies-mommies ni. Dari tema, sampai color balloon sampai lapik alas meja pun nak pikir kan. LOL. Kalau ikutkan husband Sara, dia simple je. Sampai dia cakap,"'You tak payah pikir pasal makan. Biar I handle bab makan." But still, Sara tak boleh kalau Sara tak tahu menahu langung. Tak boleh nak tido malam. (Over sangat.OK bai). Sikit-sikit Sara discuss dengan mak ayah Sara pasal makan. Haha. Takut nak tanya husband banyak-banyak sebab dia dah kata dia handle, kannnn ;P

Planning untuk buat Noah's 1st Birthday Party di Kidzoona Aeon Taman Equine. Dekat dengan rumah and Sara rasa convenient buat kat situ. Sebab Parents yang ada anak kecil yang tengah stage bertatih, nak merangkak, yang belom boleh jalan tapi tak boleh tengok kawan-kawan lain happy dia pun nak jugak join, boleh lepaskan je merangkak ke main kat situ. Kalau buat kat kedai2 makan nanti takkan kita nak lepaskan anak merangkak main kat lantai kedai kan. So parents boleh rileks and makan tenang-tenang and have fun kat situ while anak-anak party and main games !

                                                Image result for kidzoona taman equine
                                                  Main entrance pun dah nampak fun, kan?



                                                  Image result for kidzoona taman equine
                             This is the area yang diorang akan setup untuk Noah's birthday party nanti.




Bende alah yellow tu memang diorang akan kepung macam tu. So, itulah maksud Sara anak-anak kecik tak de masalah nak main-main merangkak-rangkak dalam tu. Hee. Yang kanak-kanak besar sikit ada permainan lain.




                                        
                                 Ini section lain di Kidzoona untuk kanak-kanak yang dah besar sikit.


                                 

                                           
                                       Ada ini jugak and I'm sure boys akan sangat suka main ini. Haha.




Other than that, kat Kidzoona ni memang selalu parents buat birthday party kat sini. So lebih senanglah kan diorang dah biasa. To host a birthday event kat sini, host kena bayar RM20 per kid. Kids yang memang dah pandai main mainan kat sini je yang di kira. Macam anak Sara baru setahun, tak payah bayar tapi still boleh lah nak bawak dia main-main juga. And don;t forget untuk bawak SOCKS. Semua kanak-kanak yang nak masuk kena pakai socks. Kalau lupa bawak mereka ada jual. But for me, dah ada kat rumah bawa jelah kan. Jimatss. LOL.

Buat event kat sini, mereka akan sediakan 3 jenis games, maskot nama Lala, balloon arch, gift for kids and boleh main mainan semua dalam tulah. Hehe. event selalunya limited time kalau buat kat tempat camni. Selalunya peruntukkan time 2 jam sahaja. For guest yang lepas 2 jam anak dah meraung-maraung tanak balik lagi, for surelah apak kena tambah time kan, so tinggal topup jelah berapa jam yang anak mereka nak lagi. 

Untuk table decorations, banners, additional balloons, cakes/cupcakes, catering kita sediakan sendiri. Kidzoona tak sediakan. 

So I decided to hire an event organizer untuk setup meja, banner, goodies bags and simple decoration for Noah's birthday nanti. I choose One JR event organizer. Last time Sara pergi Aria's birthday party (Aria is Noah's duapupu). Mama Aria hire One JR event management ni. Simple and nice. 

Lepas discuss dengan Jassa (event organizer), I decided nak pilih :
1. Birthday package
2. Butter cupcakes with animals toping 30pcs
3. Colorfull Helium Balloon with candy 50pcs
4. Goodies bags with 3 pcs candy

Dah closed deal. And I'm so excited !! Lol ! 

Now started to worry pasal makan pulak. ;P

Okey doakan Noah 1st birthday party nanti berjalan lancar. InshaAllah.