Pages

Wednesday 17 February 2016

Throwback : Noah's 1st Birthday Party !

Assalamualaikum w.b.t

Bulan lepas, kami buat celebration untuk Noah's 1st Birthday Party. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami decide untuk buat di Kidzoona Aeon Taman Equine. Aku and husband decide untuk buat kat situ sebab mudah, senang dan convenient. Mudah kami tak perlu nak sediakan permainan sangat sebab kat sana memang indoor playground untuk budak-budak. Mainlah sesuka hatimu. Haha. Senang untuk parents yang attend birthday party yang bawak anak-anak. Lepaskan je anak-anak main dalam tu, dan yang baby atau toddler yang belom rasa nak jalan macam anak aku si Noah tu pun tak ada masalah jugak. Biarkanlah mereka bergolek, merangkak sesuka hari mereka juga. Haha. So, kesimpulannya convenient untuk parents lah. Boleh rileks dan enjoy the food, chit chatting dsb.

This is a simple setup for my Noah's Birthday Party. Ballon theme color boleh pilih as I choosed yellow and blue (yellow for Perak and blue for JDT yaww !).




Untuk setup, Kodzoonia akan provide :
1) 3 meja lipat (untuk cake, makanan dan hadiah) - tak cukup boleh tambah meja lipat sendiri
2) Ballon arch and decoration ballon mengikut tema warna yang di pilih
3) Goodies birthday pack untuk guest yang kanak-kanak
4) Kalau guest kanak-kanak ramai 3 atau 4 tahun ke atas, mereka akan buat 3 jenis game.
5) Maskot Lala

Nak buat birthday kat sini free. Tak ada bayaran sewa tempat ke apa. Cuma bayar untuk entry guest kanan-kanak yang datang sahaja. Satu kanak-kanak RM20. Guest yang datang cuma perlu bagitau pada kaunter yang attend untuk birthday party, kakak-kakak kaunter akan minta isi nama anak-anak untuk di beri tag untuk main indoor game.

Dalam gambar atas tu ada nampak meja cake dengan banner, candy-candy and colorfull helium baloon, kan? Itu pihak Kidzoona tak sediakan. Itu aku hire event organizer, One JR Event. Aku senang dengan service dari event organizer ni. Nama dia Jassa Ramli. Senang untuk communicate dan apa yang aku nak die boleh sediakan. So, aku tak susah sangat nak pikir theme apa semua nak kene cari barang and meja cake decorations apa semua. Aku boleh fokus pada food untuk guess. Tapi at the same time kene jugaklahkan update-update perkembangan sikit-sikit tentang preparation yang event organizer tu dah buat. I can say they are very profesional and organize. dah name pun event organizer. kau dah kenapa?


Ini setup untuk meja cake Noah. Theme Safari. Tiga orang yang sedang bertungkus lumus tulah team One JR Event organizer. Jassa Ramli yang baju putih.


Untuk birthday Noah, aku request untuk 
1) 50 colorfull helium balloon dengan pemberat candy. 
2) 30 goodies bag (EO sediakan 3 jenis candy + kidzoona punya birthday goodies)
3) 30 cupcake with animals fondant
4) Decoration table cake dengan candy-candy

**I am not a good dentist. I know. I spoilt my guest with candies. Tapi anak sendiri, terjerit-jerit bila Ayah kasi makan banyak sangat candy. Haha.




Birthday cake Ayah Noah.




Candy-candy and sweet drinks di meja cake




Animals fondant cupcakes




Sebelum mulakan event, bacaan doa di ketuai oleh Tokpa @ Atok Noah :)






Ini antara makanan yang kami sediakan : Karipap, Lasagna, Nasi Lemak, Bihun, Kari Ayam, Nuggets, French Fries, buah tembikai, bubur chacha
Minuman : Oren dan Teh O suam.



Untuk event Noah ni, kami dapat slot tengahari ke petang. Mula jam 12.00 tengahari sampai kul 2.00 petang. So menu kami sediakan 'menu pertengahan'. Haha. Agak-agak orang bangun tidur mesti lapar nak makan so kami sediakan nasi lemak dan bihun. untuk yang si bangun lewat. Untuk guest yang lama bangun nak sarapan dah makan tengahari, kami sediakan kuih-kuih, nuggets, french fries. Hopefully all the guest enjoying the food and the simple event.









Ini antara tetamu yang hadir :)








Antara indoor playground yang ada kat situ. Ada banyak lagi macam slide, lego dsb. Tapi tak amek gambar pun (T_T)



Last but not least, THE MOODY BIRTHDAY BOY !

TARAAA !!



Forced by his Pak Aiq untuk smile. LOL !



Oh tak lupa terima kasih untuk hadiah-hadiah untuk Noah. Balik rumah Noah rambang mata semua nak main. Haha.




Okey Noah dah penat dah sampai nak bangun pun tak larat. Haha.












DAH JOM BALIK !

Serious driver.