Pages

Tuesday 19 January 2016

Dedicated to my boy, Noah Ariq

Assalaumalaikum w.b.t

Post kali ni aku dedicate untuk anak aku, Syed Noah Ariq Wafa.

                                         
 
                                                  Yes? I heard someone called my name.



Endometriosis Cyst


Setelah 2 tahun  kahwin, rezeki anak masih belum kunjung tiba. Biasalahkan lepas kahwin mesti kena beranak, kan? *sarcastic* Makcik-makcik haruslahkan dah bertanya-tanya 'ada isi belom?', 'merancang ke?'. Kalau aku merancang pun, gile kau aku nak bagi tau 'YA makcik, saya merancang. Saya belom sedia nak anak. Saya nak honeymoon dulu dengan suami saya.'  Kau ingat makcik tu dah ready ke nak dapat jawapan jujur nan ikhlas cenggitu? Mau tak habis habis perkataan makcik tu sekolahkan aku. Haha. Tapi aku tak pernah merancang, bila-bila Allah nak kasi rezeki anak, aku dengan suami Alhamdulillah je. Tapi perjalanan kami nak dapat si Noah ni tak semudah orang lain. Tapi Alhamdulillah kami tetap bersyukur je, Allah mudahkan kami di tempat lain.


Selepas kahwin, kami adalah weekend huband and wife. Masa tu aku kerja di Perlis. Gigihlah aku dengan husband berulang Perlis-Shah Alam, Shah Alam-Perlis, Perlis-Perak. Boleh dikatakan setiap minggu kami travel. Gigih,kan? Haruslah gigih, demi sebuah cinta yang suci. *ewahh.Joget skett*

Nak di jadikan cerita, satu malam lepas gayut dalam phone dengan si suami, dah good night muah muah ciked, aku pun tidur dengan penuh sweetdream-nya. Tiba-tiba *jeng jeng jeng* perut aku rasa senak cramped yang tak tahu aku nak describe macam mana. Tak pernah aku rasa sakit cenggitu. Dalam kepala aku, aku terpikir 'appendix aku tetibe pecah ke?'. Sebab sakit dia nau nau sangat. Nak bangun dari tilam pun sakit, tapi aku gagahkan jugak kejutkan housemate aku minta tolong hantar aku ke hospital.

Housemate aku waktu tu Kak Jijah. Kak Jijah cuba memecut agak laju dari biasa (selalu dia bawak 50km/j, tapi malam tu dia bawak 55km/j), aku dah macam cacing panas dalam kereta. Lagi satu,tak boleh terhentak sikit sakit dia aku rasa macam nak bukak pintu, terjun kereta. Sakit nau nau.

Akhirnya sampailah aku di hospital bahagian emergancy. Dah siap daftar, tak lama lepas tu nama aku pun di panggil. Doktor pun mulakan buat history taking. Doktor suspect aku mengandung, atau urinary tract infection. Untuk confirmkan aku kenalah buat urine test. Lepas result dapat, doktor confirmkan yang aku tak mengandung and tak ada UTI. So apakah sakit aku ini? Sungguh misteri. Haha. Lalu dengan cemerlangnya doktor terus bagi aku injection IM Voltaren dan doktor suruh aku rehat kejap kat katil. Dalam 15 minit, doktor datang balik, dan terus tanya 

D : Sakit lagi tak miss?
A : Dah doktor cucuk saya Voltaren mestilah dah tak sakit, kalau abis ubat ni sakitlah balik saya
D : Tunggu sekejap. Kejap lagi kita buat USG scan ya.
A : Ok

Tak lama datanglah seorang doktor perempuan muda menyapa aku.

D : Ikut saya ya. Kita pergi scan USG jap.
A : Ok
D : *setting USG unit dan terus scan perut aku*
A : Ada apa-apa yang tak normal ke doktor?
D : *Diam* *krik krik krikk*

Beberapa minit kemudian..

D ; Awak pernah dengar tak honeymoontitis ?
A : Ape tu doktor?
D : Nanti awak google lah *Amek tisu lap lap perut aku lepas tu tulis something atas kertas dan terus ke kaunter nurse*

Bagaikan anak itik pulang petang, aku pun ikut je belakang doktor tu sambil pikir 'kenape aku kena google sendiri sakit aku?'. LOL. Kemudian aku disuruh ambil ubat di farmasi. Panadol dan Ponstan. Aku tak tau ape dosa aku dengan doktor berkenaan, tapi sampai 2 jenis painkiller dia bagi aku. Hahaha. Layan jelah. Zasss. LOL.

Balik rumah aku sambung tidur dengan happy-nya sebab tak sakit kan. Haha. Lepas tu siap-siap nak pergi kerja, then sampai tempat kerja aku boleh buat kerja macam biasa. Tiba-tiba *jeng jeng jeng* ubat tahan sakit doktor tu cucuk dah habis. *cry* Sampai tak mampu dah rasanya nak sambung kerja. Aku terus minta off petang pada boss aku untuk pergi check kat klinik private pula.

Staff-staff recomend aku satu klinik ni di pekan Kangar. Klinik ni GP biasa tapi memang biasa checkup ibu mengandung. Aku pun pergi dengan sebuah pengharapan yang doktor tu boleh tolong aku bagitau apa sakit aku dan tak minta aku google sendiri sakit aku lagi. Sampai di klinik, masuk bilik doktor, macam biasalah kan history taking lagi, then doktor tu scan perut aku.

D : Macam ada something dekat rahim awak.
A : Ada apa?
D : Macam ada cecair dalam kantung, tapi saya tak boleh nak pastikan cecair atau darah. Saya agak mungkin cyst.
A : *GULP*
D : Saya refer awak ke specialist okey? Awak nak ke Hospital mana?
A : Saya tak tahu doktor. Boleh jadi saya balik KL saya jumpa specialist kat sana.
D : Ok, kalau macam tu saya buat open letter. So awak boleh bawak jumpa mana-mana Gynae.
A : Okey.

Keluar dari klinik terus aku call suami aku bagitau pasal cyst. Aku tak boleh nak tunggu dah. Bila datang sakit dia tak boleh nak tahan-tahan dah. Terus aku booked appoinment Gynae kakak aku Dr Marshitah di Gombak. Tunggu memang lama yang amat. Sebab doktor ni jenis check detail and dia akan pergi satu satu.

Bila sampai turn aku check, doktor scan, memang dia kata ada cecair yang kandungannya tak tau apa. Kata doktor itu orang panggil endometriosis cyst. Panik kau aku dengar makin complex sebutan penyakit aku. Haha. Doktor kata, kalau lambat remove, cyst tu boleh melekat-lekat dengan dinding rahim atau melekat-lekat sesama sendiri dan menyebabkan susah mengandung atau lebih teruk lagi tak boleh hamil ! Berderau darah aku dengar 'susah hamil' dengan 'tak boleh hamil'. Aku baru kahwin kot. *sad* Teruslah doktor tu jadualkan slot OT untuk remove cyst minggu depannya.

Minggu depannya aku admit di Tropicana Medical Center untuk laparatomy surgery. Sajalah nak cerita beza laparatomy dengan laparascopy ni, yang '-tomy' ni dia potong kulit perut (sound so scary, kan? Haha). Tapi yang '-scopy' ni die tebuk je sikit kat perut. So yang aku punya si '-tomy'. LOL. (Damn you tomy! Haha). kalau tak salah aku admit hospital tu 3 hari. Boring yang amat duduk hospital ni. Lepas 3 hari aku pun discharge. Wee! Aku dapat MC sebulan kalau tak salah. Seronok sangat dapat MC banyak hari. Tapi, bila dah balik rumah, apa pun tak boleh buat kene berpantang..Jadi, kat mana yang seronoknya? Haha.

Miscariage


Lebih kurang 5 ke 6 bulan lepas aku buat surgical procedure tu, Aku pun mengandung. Alhamdulillah. Tapi, Allah tumpangkan si baby sekejap je dalam perut. Aku miscariage dalam lebih kurang 10 minggu cenggitu.


Masa dah buat pregnancy test kat rumah dan result positif, aku dengan suami dengan tak sabar-sabarnya nak pi check jugak kat doktor. Haha. Macam lah boleh nampak dah si baby tu. LOL. Tapi, aku tak ingat start minggu keberapa, mula ada 'spotting". Aku cuak yang amatlah kan. Mulalah aku pikir bukan-bukan. Suami aku terus ajak aku pergi check kat Hospital Ampang Puteri. Waktu tu first time pregnant, so tak ada gynae yang kami tau yang sesuai lagi. Jadi kami decide jelah ikut suka nak check kat mana. Haha. Doktor scan kata nampak dta 'pregnancy sac'. 


D : You are definitely pregnant. We can see a pregnancy sac. So you don't worry to much. U need a bedrest for a week. Do you want to admit or u want to have a rest at home?

A : Er..admit? Can I have a rest at home je doktor ?
D : Sure. Sure. Can. But your abang need to do all the housework. U need to rest. U can only move your finger. Haha.


Haa..nampak? Doktor tu ajar aku jadi diva kat rumah dan dia suh aku mendiva-diva kan suami aku. Haha.


Walaupun aku rehat, tapi sebab memang belum ada rezeki, jadi aku pun keguguran..Stress jugaklah bila orang selalu tanya aku 'kenapa gugur?'. Aku patut ada jawapan ke untuk soalan tu? Bukan semua orang dah memang tahu ke itu semua hal rezeki? Ada jugak yang ringan mulut cakap '..sebab rahim tak kuat kot..'. Nasib baik suami aku bukan nama Rahim. Kalau suami aku nama Rahim, memang dah tertimbus dalam kerak bumi dah agaknya! Lol ! 

Happy moments

Lebih kurang setahun dari aku miscariage, Allah kurniakan kepada kami rezeki anak. Aku  mengandung ! Alhamdulillah ! Gembira tu tak usah nak ceritalah, kan. Memang gembira sangat. Suami aku pun nampak lagi gembira dari aku. (Eh eh siapa mengandung sebenarnye ni? Haha).

Hari demi hari tunggu dengan sabar tak sabarnya nak pergi scan baby. Kali ni aku try google search  cari Gynae yang okey dan dekat dengan rumah dan tempat aku kerja. Kami decide untuk try check up dengan Dr Raja Juhaidah. Beliau O&G di Hospital Colombia Asia Puchong. Kami senang checkup dengan beliau. Explaination beliau, dan checkup beliau sangat memuaskan hati. Dan juga, appoinment kami selalu dapat paling awal pagi, jadi aku tak perlu nak off atau cuti. Dalam pukul 8.45  pagi ke 8.50 pagi, assistant doctor Kak Nandini akan panggil aku masuk, scan and consultation apa semua, dalam 9.00 pagi selesai. Bayar bil, ambil ubat (kalau ada), dalam 9.15 pagi selesai semua urusan dan aku pun boleh terus drive pergi kerja. Suami aku pun tak perlu nak ganti time balik kerja lama-lama. Wee!

We are so looking forward utk temujanji-temujanji yang akan datang. Sebab excited  lebih. Lol ! Yang lebih buat tak tido malam bila doktor cakap,'checkup bulan depan dah boleh nak tengok baby boy ke baby girl. Nak tau tak? Atau nak surprise?'. Tak pikir panjang dah aku terus jawab 'Nak'. Haha. Tak tidur malam kami suami isteri berteka-teki bay boy ke baby girl. Haha. Kami tak kisah mana-mana pun boleh. tapi kalau boleh nak baby boy dulu. Kononnya, nanti boleh jaga adik-adik. Haha. Kalau baby girl pun, tak sikit pun mengurangkan kegembiraan kami yang dah sampai planet Pluto. Haha.

Maka, sampailah kami di tarikh temujanji untuk tahu baby boy atau baby girl ! Doktor was so sure yang baby kami is a boy ! Alhamdulillah sekali lagi. Dengan tak sabarnya, kami terus carik senarai nama-nama untuk baby boy. Tapi entah kenapa, banyak malam aku selalu mimpi baby girl. Hahaha ! Sampai aku cakap kat doktor, boleh tak re-scan jantina skali lagi sebab saya selalu mimpi baby girl, saya nak beli baju nanti. Hahaha. Nasiblah baik doktor tu layankan jelah aku punya permintaan, so re-scan skali lagi memang nampak pastilah sangat baby kami boy.

Kenapa anak Ami tak gerak

Anak aku dari dalam perut memang suke buat 'surprise' yang boleh buat aku nyaris nak jantung. Haha. Doktor bagi tau EDD pada 14 Januari 2015. 

Sementara menunggu hari, aku pergi kerja macam biasa. Memang tak ada langsung tanda-tanda nak keluar anak aku. Nampak macam selesa betul beliau dalam perut. Anak aku punya aktif dalam perut bukan calang. Dan sangat responsif dengan communication dan rangsangan. Alhamdulillah semua kuasa Allah (bukan nak menunjuk, ada sebab aku cakap statement ni. Terus baca korang akan tau).

Waktu mengandung, aku selalu rasa tak boleh jauh dengan suami. Suami balik kerja, aku MESTI nak menempel. Sampai suami aku nak ke dapur pun aku nak peluk je dari belakang, sama-sama jalan ke dapur. Suami aku pun layankan je. Maka, 'diheret' lah aku ke sana ke sini satu rumah. Aku dah macam organ tambahan kat badan suami aku. Haha. Nak tidur mesti bawah ketiak. Sampai camtu sekali aku obses dengan suami aku, dengan bau suami aku. Hahahahaha !

Suatu hari di hari Jumaat yang di rahmati, bertarikh 16 Januari 2015, aku tengah fikir-fikir macam mana nak celebrate birthday suami aku esok. Sambil fikir sambil buat kerja. Selalunya, anak aku subuh time dia kick boxing aku. Tengahari time dia karate aku. Malam lepas maghrib, time dia main tendang-tendang tulang rusuk aku. Haha. Tapi bila hari tu, sampai petang, aku perasan yang terakhir aku cuma rasa kick boxing je subuh tadi. Tak ada karate. Apa lagi keruk-keruk kat perut. Apa lagi menguit-nguit. Aku panik kejap. Aku sms suami aku. Kalau baby tak gerak juga akau akan terus ke Colombia Asia untuk check. Baby memang tak gerak langsung ! Aku tak pikir panjang dah. Terus start kereta, sambil tu aku cuba gerak-gerakkan perut aku mana tau anak aku kaki tidur macam Ayah dia. Haha. Tapi, memang tak ada respon. Sampai hospital nurse bawa aku ke labor room dan pasangkan CTG kat perut aku nak check jantung baby. Alhamdulillah bunyi jantung anak aku laju macam biasa. Nurse biarkan aku dalam 30 minit nak ambil bacaan CTG. Nurse check bukaan, 1cm je. Hee.

Sementara tunggu tu, nurse call doktor inform pasal aku. Dalam pukul 4 petang macam tu, doktor datang, terus induced aku. Tergamam aku kejap. Haha. Disebabkan doktor dah masukkan ubat induced, aku tak boleh turun katil tak boleh bergerak lebih kurang 30 minit. Terpaksa lah aku minta tolong nurse ambilkan handphone aku nak call suami nak suruh dia datang hospital sebab doktor dah masukkan ubat induced.

Suami pun sampai, mak ayah aku pun sampai. Nurse suruh jalan-jalan dulu bagi cepat laluan buka and cepat bersalin. Ayah aku ajak lepak kat cafe hospital. Aku pun ikut lepak sekali alang-alang nurse pun suruh aku jalan banyak, kan. Haha. Waktu lepak tu aku rasa macam nak buang air, pergi toilet tak ada hasil. Rasa macam nak buang air kecil, pergi toilet tak ada hasil. Memulas-mulas perut aku. Haha. Mak aku kata memang rasa cenggitu. Hati-hati pergi toilet takut terkeluar kat toilet. Haha, Bila dah lepak-lepak tu kami pun naik balik ke labor room. Dah nak maghrib, mak ayah aku pun balik rumah dulu sambil-sambil menunggu perkhabaran-perkhabaran update dari suami aku.

Dengan setia suami aku tunggu, makin malam contraction makin kuat. Oh lupa nak bagitau, setiap kali nurse atau doktor cek bukaan, sakitnya-tuh-disini bukan kepalang okey. Haha. Makin aku tak tahan, aku dah mula pikir nak amek ubat. Aku bagitau suami aku nak ubat, nak minta nurse inject ubat tahan sakit biar cepat sikit lega. Haha. Suami aku pun panggil nurse dan kami pun bincang dengan nurse nak ambil ubat tahan sakit yang mana. Epidural awal-awal aku tak tolak tepi. Dulu operate cyst aku dah dapat epidural. Sampai sekarang rasa sakit pinggang. Aku tak nak menambah beban sendiri. Haha. Kalau injection kata nurse tahan 4 jam. Aku terpikir nanti kalau 4 jam, takkan nak cucuk lagi? Kalau baby tak keluar, sakit masih ada, takkan nak cucuk lagi dan lagi dan lagi? Oh tidak tidak tidak. Bahaya untuk anak kami. Jadi aku decide nak ambil yang paling tak kuat yakni gas. 

Gas ni buat kita khayal kejap. Bila khayal, sakit tu kurang. I tell you, kurang ok, kurang. Pain reducer je. Maka, bila contraction makin kuat, sambil sedut gas tu, terjerit-jerit macam exorcist dalam serkup corong gas tu menahan sakit. Hahaha. Buruk betul rupa aku masa tu agaknya. Haha. Aku paksa suami aku urut kaki nak kurangkan sakit. Haha.Kawan tu baru nak makan. Tak makan dari siang, aku pulak dah macam meroyan-royan minta dia urutkan kaki. Hahaha. Kesian suami aku.. Agaknya kalau tak kerana aku nak beranakkan anak dia, memang aku dah kena hamun balik sebakul agaknya. Hahaha. Dalam aku berkhayal-khayal nurse datang nak cek bukaan. Seingat aku, suami aku cakap waktu tu pukul 10 malam. Aku terdengar sayup-sayup besar kecik besar kecik suara si nurse pesan pada suami aku, kalau air ketuban pecah cepat inform dia. Dalam jam 12 malam gitu, suami aku selak nak tengok dah pecah ke tak air ketuban. Tiba-tiba *pecahhh*. Hahaha. Terus suami aku panggil nurse dan nurse datang bawak segala macam peralatan. Tup tap tup tap nurse-nurse tu setting pemegang, tempat kaki dan sebagainya. Waktu nurse gegas-gegas tengah setting, aku masih tak abis lagi terjerit-jerit sambil sedut gas. Hahaha. Mungkin sebab terlalu annoying dari jam berapa agaknya dengar aku terjerit-jerit (sebab bilik labor aku sebelah kaunter nurse), nurse terus cakap 'puan jangan menjerit-jerit, nanti tak ada tenanga nak push baby'. Oh ! Sound so scary. Maka aku terus menelan jeritan-jeritan sakit aku dengan serta merta. Lol.

Setelah meneran sekuat-kuat hati, maka terlahirlah permata hati kami tepat jam 1.19 pagi. Wee ! Alhamdulillah ! Macam tak percaya pula kami dah ada anak. Syukur kepada Allah meminjamkan kami rasa bahagia dan memberi kami kesempatan untuk merasa sendiri saat-saat yang sangat gembira.


Noah di Taman Buaya Melaka


Genap sudah umur permata hati kami 1 tahun pada 17 Januari 2016 kemarin. Alhamdulillah. Nanti InshaAllah aku akan update post baru untuk Noah's Birthday Partyy !

Sekian.


Mommy.Wife.Dentist.