Pages

Sunday 14 February 2016

Penanam anggur ber-certificate VS Bangladeshi

Assalamualaikum w.b.t



Dua tiga hari ni penuh di newsfeed facebook, berita-berita, whatsapp dan sewaktu dengannya tentang pengambilan pekerja dari Bangladesh untuk di bawa masuk kerja buruh di Malaysia.

Rasanya hampir ramai jugak yang hamukkk. Yelah kan, masalah menganggur jurusan diploma degree kat Malaysia ni masih bertimbun, kerajaan nak senang hati dia je ambil masuk pulak pekerja dari Bangladesh untuk kerja kat Malaysia. Abis tu, camne dengan adik-adik kita yang menganggur tu? Macam mana nasib mereka? Ye tak? Bukan satu dua orang pulak tu. Juta-juta pulak tu. Ramai tuu. Betui tak?

Ok adik-adik, nampak tak hakak tengah bela nasib adik-adik ni, Jangan lupa undi hakak jadi PM nanti ya. Oh YEAhhh !! Janji okey? Jangan dicapatikan pulak. Lol.

Pekerja dari Bangladesh di ambil masuk untuk kerja buruh kasar. Ramai graduan menganggur marah. Graduan tak menganggur pun marah. Mak pak graduan pun lagii marah. Girlfriend graduan apetah lagi. Haruslah marah jugak sebab lagi lambatlah abang graduan masuk meminang.Gitteww uols ! 

Masalahnya, pekerja Bangladesh tu diambil untuk kerja-kerja buruh kasar, bukan kerja executive-pakai-tie-dalam-aircond-bila-mesyuarat-tepuk-tepuk-meja-cukup-time-punchkad-balik-rumah-esok-ulang-cerita-sama.Hurm..boleh baca tak ape yang hakak dok tengah pikiaq ni?

Kalau tak boleh, meh hakak straight to the point lah ye.

Masalahnya, nak ke adik-adik hakak yang baru-masuk-university-dah-pakai-kereta-peugeot207 ni buat kerja buruh-buruhan? Adik-adik dan parents adik-adik mestilah nak adik kerja bawak briefcase, pakai segak-segak, kan? Kalau adik-adik hakak ni memang tengah compete hantar resume untuk jadi buruh-buruh kasar, tiba-tiba kerajaan cakap kerajaan akan bawak masuk pekerja Bangladesh untuk buruh kasar, wajiblah adik-adik berasa begitu amarah sekali sebab yelah lagi besar pulak competition yang adik-adik kene lalui. Masalahnya, ada ke? 

Entah-entah yang sibuk melempias-lempiaskan amarah tu sebenarnya tengah dok lepak sambil-sambil tengok tv, atas sofa, makan cekedis, sambil-sambil layan facebook. Layak ke orang camni nak berasa amarah sebegitu? =D

Hakak takde percent langsung dengan kemasukkan abang-abang Bangladeshi tu ke Malaysia. Haha. Cuma hakak terpikir je, kenapa orang nak marah sangat pasal kemasukkan pekerja Bangladesh ni ke Malaysia. Hakak pandang dari sudut peluang pekerjaan. DARI SUDUT PELUANG PEKERJAAN. DARI SUDUT PELUANG PEKERJAAN. Hakak ulang lagi, DARI SUDUT PELUANG PEKERJAAN. Bukan dari politikus ya. Hakak bukan penganalisa politikus. Hakak ni Mommy,Wife,Dentist saja yang mengais satu bulan, cukup bulan baru makan sebab baru dapat gaji. Lols !

**yang paakai kereta peugeot207 jangan marah na. Akak jeles sebenarnya sebab hakak tak dapat nak pakai kereta tu dari dulu sampai sekarang. Hahahaha.

So, camna? Jadik tak undi hakak jadik PM nanti? =P

Ok bai.

#jangankecamsaya
#inipendapatsahaja
#hakakbukanPRObangla
#LOL



Mommy.Wife.Dentist @}--,--