Pages

Thursday 25 February 2016

9 perkara yang boleh menyakitkan hati

Assalamualaikum w.b.t

"Eh, kau kene minum air ni, sebab anak aku minum air ni dia belajar selalu dapat no 1. Anak kau kan selalu dapat nombor banyak bila periksa. Cubalah try".

First, yang cakap tu anak kau baru sorang. Apa pembuktiannya air tu memang berkesan untuk anak kau? Mungkin anak kau memang cerdik, rajin. Maka selalulah dia dapat no.1 dalam peperiksaan. Kalaulah memang anak-anak dia berderet memang dia beri minum air X tu, semua memang pandai-pandai, exam tak pernah dapat nombor 4 pun, memang bolehlah aku nak percaya. Hahaha. Tambah-tambah anak dia perempuan pulak. Sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah ni, dari pemerhatian dan pengalaman aku lah, yang perempuan memang banyak scorer. Yang lelaki ni masih suam-suam kuku bab belajar sebab time tulah time bermain yang abadi untuk budak-budak lelaki ni. Hahaha. Bila naik sekolah menengah, university, yang lelaki dah mula ramai yang pointer dan result top. Kenapa? Senang je jawapan dia. Yang perempuan dah mula pasang angan-angan nak pelamin warna apa, baju kahwin tema apa dan sewaktu dengannya. Lol ! Tak semualah kan opkos. Aku tak termasuklah opkos. Aku kaki studi dulu. Tipu. Lol !

"Kau kena minum air soya dengan susu waktu mengandung ni nanti anak putih. Tengok macam anak aku".

Mak senja. Bapak maghrib. Mana nak datang anak putih melepak? Teguklah air soya sampai berbuih mulut pun, secara logiknya boleh ke? Melainkan, tertukar anak. Hahaha.

"Bagus kalau kau minum benda ni, Anak aku tak kena kuning langsung lepas bersalin".

Anak kau yang lain kena jaundice lepas lahir. Anak kau yang sorang ni tak kena sebab benda kau minum tu kononnya. Ada orang tak minum apa-apa pun anak tak jaundice pun lepas bersalin. Jadi? Kau tak rasa ke itu kebetulan dan imaginasi liar kau semata-mata? Hahaha.

"Budak demam tak boleh selalu mandikan".

Budak demamlah kena selalu mandikan supaya badan tak naik panas. Kalau demam panas pergi hospital pun, ape nurse dengan doktor buat? Basahkan badan budak tu dengan air, dari kaki sampai kepala. Kalau tak mandikan pun untuk apa kita basah-basahkan budak tu dengan kain basah kat kepala? Sebab nak turunkan panas dia, kan? Samalah konsep dia dengan mandikan budak tu. Cuma budak tu akan jadi mudah selesema pulak sebab sejuk selalu mandikan. Tapi dari, anak panas tangkap sampai kepala, tak apalah selesema sikit. Ye tak? YE. Hehehe.

"Janganlah di kendong je anak tu. Jadi manjalah nanti dia".

Kau sanggup ke dengar anak kau menangis sampai tegang-tegang urat tengkuk dia mintak kena peluk, mintak di dukung? Kalau sampai yang bersujud-sujud kat kaki kau mintak dukung macam anak aku sebab dia belom faham erti "tunggu sekejap". Macamana kalau macam tu? Kau nak aku biarkan je dia? Kalau dia manja pun apa masalahnya? Baby terutamanaya memang sinonim dengan manja. Takkan kau harap bayi tu boleh berdikari dan paham arahan kau. "Kejap, mak nak mandi. Jangan nangis jap lagi mak bagi susu". Dan anak kau yang umur 7 bulan tu pun dengan patuhnya diam dan tunggu sampai kau habis mandi. Boleh ke kau buat macam tu? Kalau boleh, sila PM aku. Aku nak menuntut ilmu. Hahaha. Kalau anak kita nak manja nak berkendong pun tak adalah sampai umur 13 tahun pun kan? Sementara dia ada rasa nak manja dengan kita, kita manjakan dia. Nanti dah besar, kau plak jadi menagih-nagih perhatian dia. time tu dia dah sibuk main dengan kawan tak pedulikan kau dah. Baru kau tau. So cherish every moment k.

"Kenapa kau tak kasi anak kau susu badan? Kau bagi minum susu tepung? Nanti anak kau macam lembu nanti banyak DNA lembu dalam badan dia".

Ini pun jenis banyak aku jumpa. Eh, suka-suka akulah nak kasi susu apa kat anak aku. Hahaha. U don't know how regret the mother feel when they have no choice other than to switch to formula milk. Beruntunglah kalau kau boleh sediakan susu untuk anak kau hari-hari. Kita pun tak tau pasti apa sebab mak-mak tu terpaksa berhentikan susu badan untuk anak. Mungkin bagi orang yang susu badan melimpah, rasa remeh sangat alasan kau jemahh nak stopkan susu badan untuk anak kau. Tapi, REMEMBER, tak semua masalah yang kita rasa kecil, kecil juga untuk orang lain. Ingat tu. Belajar untuk hormat keputusan orang lain. I hate it bila ada mom bullies ni. Ada mak yang tanya for opinion, apa-apa mesti ada orang akan bash dia dulu. COME ON ! Entah-entah dia nak taip untuk public baca masalah dia tu pun dia rasa malu dan sampai kumpul courage nak tanya. STOP JUDGING. Just help as much as u can. Jangan condemn apa keputusan dia.

"Aku taknak vaccine-kan anak aku. Buat apa nak vaccine kan. Anak aku yang pertama okey je aku tak vaccine."

OK.OK.OK.
Bab tak nak vaccine ni really get my nerve. Tarik napas hembus napas. Tenangkan diri. Ok sambung. Anti-vacc ni tak habis-habis akan kata, nak vaccine ke tak nak ke itu hak individu. I.G.N.O.R.A.N.C.E. Such an ignorance statement. Anak kau yang tak vaccine tu boleh jadi permulaan outbreak penyakit-penyakit merbahaya padat sesuatu kawasan. Katalah anak yang tak di vaksin main kat padang permainan. Ada pendatang asing yang ada pertussis contohnya. (Pertusis = Batuk kokol). Jangkit pada anak yang tak di vaksin tadi. dia balik rumah, dia main dengan kakak atau abang dia pun sama tak vakcin juga. Kakak atau abang dia pun terjangkit. Jadilah penularan penyakit batuk kokol. Gitchew. Kalau anak yang di vaksin tak adalah jadi kebal terus dari kena batuk tu. Boleh boleh kena juga, tapi badan ada antibodi untuk nak lawan virus batuk kokol tu. So, mungkin akan jadi batuk biasa sahaja tak melarat jadi batuk kokol. Anak-anak yang tak di vaksin tapi sihat walafiat tu, itu di namakan "herd immunity". Apa pulak kau ni tonn herd immunity pulak ni. Herd immunity ni maksudnya, komuniti di suatu kawasan tu bebas dari jangkitan-jangkitan sakit merbahaya atas sebab komuniti tu dah immune dengan penyakit tu atau senang kata dah ambil vaccination. Menyebabkan indirect protection untuk individu yang tak di vaksin ni. Kira macam parasit lah senang individu tak vaksin ni. OK. Kalau aku nak cerita lebih, boleh sakit jantung aku. So. tu jelah dulu penerangan aku pasal vaksin ni.

"Eh Senah kau tengok anak Si Jemah tu. Kawen pun nikah je. Gitu-gitu je majlis die Senah. Kedekut betul. Padahal pangkat besar. Duit banyak."

Makcik pakcik sekalian alam, lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. Eloklah anak Jemah buat majlis ikut semampu dia. Duit yang lebih berkepuk dalam account dia tu nanti, dia nak buat beli rumah CASH ! Haa..makcik mampu? Hahaha. Makcik kalau nak buat meriah, buat kat anak makcik. Aku dulu pun waktu kahwin pun antara orang yang berhabis juga. Sebab asyik fikir sangat apa orang nak kata, apa orang nak tengok. Sudahnya aku cakap kat suami aku, orang datang makan tengok pengantin balik. Bukan orang peduli pun. Aku punya pening sampai kelopak bunga nak warna apa pun nak fikir. Hahahaha. Time majlis, tak ada siapa pun nak peduli warna kelopak bunga aku ! Padan muka aku.

"Kenapa tak dapat anak lagi? Rancang ke?"

Kadang aku paham orang bertanya soalan ni ada yang nak mukadimah untuk nak suggestkan perawatan terbaik, doktor pakar sakit puan terbaik, ubatubatan terbaik. Tapi kalau silap haribulan tanya macam tu boleh terhiris juga hati kecil. Nak tanya soalan-soalan macam ni kene tengok haribulan, pandang kiri kanan atas bawah, tengok depan belakang dulu. Jangan sampai pertanyaan kita tu mengusik hati orang-orang yang sedang mengharapkan zuriat. Rasanya kebanyakkannya kalau dah kahwin mestilah nak anak, kan. Jadi bukan rezki mereka untuk zuriat lagi Aku dulu pun terhiris hati perasaan jugak bila orang tanya camtu. Hahaha. Bila dah ada anak, aku tak adalah nak tanya-tanya merata kenapa tak dapat lagi, kenapa tak dapat lagi. Bagi aku itu semua rezeki Allah. Kalau ada yang bertanya aku jawab. Kalau tak ada tanya, buat apa aku cerita. 


**ada time aku menaip entri ni aku emosi sikit. haha. aku mohon maaf kalau aku ada menyinggung perasaan sesiapa. aku tak niat langsung. 




MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,---