Pages

Wednesday 20 January 2016

Gigi tak sakit tak rosak buat apa nak pergi jumpa doktor gigi ? (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam masyarakat kita sekarang, masih ramai yang belum ada kesedaran tentang pentingnya menjaga gigi. Gigi susu atau gigi kekal. Dalam entri ini, akan ditekankan tentang gigi kekal atau gigi dewasa.

Gigi dewasa, akan mula tumbuh seawal usia anak 6 tahun. Gigi ke-6 ini, selalu terlepas pandang oleh ibubapa. Mereka menyangka gigi yang ke-6 ini gigi susu kerana :

1. Tumbuh di bahagian belakang kepada gigi geraham susu terakhir anak.
2. Tumbuh sewaktu semua gigi susu sudah lengkap tumbuh sepenuhnya.

Disebabkan ibubapa menganggap gigi geraham kekal pertama itu sebagai gigi susu, maka mereka tidak ambil kisah sekiranya gigi tersebut rosak akibat berlubang. Mereka menyangka gigi tersebut akan tanggal dan akan digantikan dengan gigi yang baru kelak. SALAH ! Tanggapan itu salah sama sekali ! Banyak kes ditemukan apabila si anak menginjak remaja, mereka sudah kehilangan gigi geraham kekal pertama tersebut.





Dengan tumbuhnya gigi geraham pertama ini, sangat digalakkan untuk membuat perawatan yang dinamakan fissure sealant.

Apa itu fissure sealant ?

Fissure sealant adalah perawatan preventive atau perawatan pencegahan. Perawatan ini adalah tidak menyakitkan sama sekali dan sangat mudah. Fissure sealant adalah untuk mencegah makanan melekat dicelah-celah pit and grooves gigi geraham. Fissure sealant bukan sahaja perawatan untuk gigi geraham kekal pertama, tetapi sangat digalakkan untuk semua gigi geraham termasuk gigi susu.

Fissure sealant ini fungsinya :

1. Mencetekkan pit and grooves yang dalam
2. Menghasilkan permukaan gigi geraham yang licin dan mudah untuk dibersihkan
3. Mengandungi fluoride yang berfungsi menguatkan gigi dan mencegah terjadinya gigi berlubang.





Sebelum                         Selepas


Perawatan fissure sealant boleh dilakukan seawal tumbuhnya gigi geraham susu pertama anak. Sekiranya anak tidak dapat memberikan kerjasama, agak sukar untuk dilakukan perawatan ini walaupun ianya mudah. Supaya anak lebih cooperative, sangat digalakkan ibubapa membiasakan anak-anak berjumpa doktor gigi seawal tumbuhnya gigi lebih kurang umur anak 2 tahun ke atas.

Untuk apa berjumpa doktor gigi sekiranya gigi tidak sakit?

Berjumpa doktor gigi bukanlah hanya apabila gigi sudah sakit. Berjumpalah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk perawatan pencegahan. Untuk perokok, disarankan setiap 4 bulan sekali. Ini kerana rokok mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan gigi menjadi coklat kehitaman. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibersihkan, staining ini akan lebih sukar dibersihkan, dan pesakit akan merasa sensitive dan tidak selesa sewaktu prosedur pembersihan gigi (scaling) dijalankan.

Dengan perjumpaan rutin ke doktor gigi, membolehkan early detection of caries. Lubang di gigi yang masih kecil ini, harus di tampal untuk mengelakkan dari lubang terus menjadi lebih besar dan seterusnya menyebabkan sakit sehingga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak. sekiranya ini berlaku, perawatan yang lebih complex  diperlukan. Berkemungkinan pesakit memerlukan perawatan lanjutan iaitu perawatan akar (Root Canal Treatment).

Untuk anak yang masih kecil, berjumpa dengan doktor gigi adalah untuk membiasakan mereka dengan persekitaran, dengan prosedur dan yang penting mengikat mutual bonding dan trust antara anak dan doktor gigi. Selalunya dalam sesi 'pengenalan' untuk anak-anak yang baru pertama kali dan tiada masalah gigi, untuk anak yang sudah mula berani untuk duduk di dental chair, doktor gigi akan mulakan dengan simple check up dan sekiranya mendapat feedback yang positif, bolehlah meneruskan perawatan dengan polishing menggunakan polishing brush dan polishing paste.


Polishing brush

Polishing paste   


Membina bonding dan trust dalam diri anak terhadap doktor gigi adalah penting. Sekiranya anak sudah ada kepercayaan terhadap seseorang doktor gigi berkenaan, akan tidak timbul masalah kelak apabila anak memerlukan perawatan menampal gigi, pencabutan gigi susu dan sebagainya. Dan ini jugak boleh mengelakkan dari berlakunya situasi yang di panggil dental trauma.

Apa itu perawatan akar (Root Canal Treatment) dan bagaimanakah prosedur perawatannya?







Perawatan akar adalah untuk menyelamatkan gigi yang telah mengalamai kerosakkan yang teruk dan pernah atau sedang mengalami jangkitan (infection). Semasa prosedur perawatan akar, salur akar akan dibersihkan, dibasmi bakteria dan akhir sekali salur akar yang telah kosong dan bersih akan di seal menggunakan bahan tampalan khas. Gigi yang seharusnya menjalani perawatan akar, sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jangkitan dan boleh menyebabkan bengkak di gusi dan sekiranya masih di biarkan, gigi tersebut akan 'mati'. Gigi yang 'mati' (necrosis) lama kelamaan akan bertukar warna menjadi biru kehitaman.

Gigi yang perlu perawatan akar :

1. Gigi yang mengalami kerosakkan yang teruk sehingga menyebabkan sakit sewaktu mengunyah           makanan dan sewaktu mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas.
2. Gigi sudah bertukar menjadi biru kehitaman akibat kemalangan.
3. Sebelum prosedur crown atau bridge.
4. Gigi yang mengalami sakit tiba-tiba yang mengambil masa beberapa minit untuk lega.
5. Gusi bengkak/ada benjolan seperti jerawat di gusi akibat jangkitan dari gigi yang berlubang.
6. Bengkak yang merebakdari gusi sehingga ke muka.
7. Gigi berlubang sehingga mendedahkan salur akar.
8. Gigi sakit apabila meminum air panas dan sakit lega apabila minum air sejuk.

Sekiranya gigi anda ada mengalami antara ciri-ciri di atas, berkemungkinan gigi anda memerlukan perawatan akar. Jangan berlengah, segera berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Untuk perawatan-perawatan gigi yang lain akan diceritakan pada entri-entri selanjutnya. Selamat menunggu. LOL !

Mommy.Wife. Dentist.