Pages

Sunday 10 January 2016

Anak takut doktor gigi? Ini lah sebabnya...

Assalamualaikum w.b.t.

'Doktor, gigi anak saya ni sakit. Malam je mesti menangis-nangis sakit. Dah bengkak dah rasanya. Cabut jelah doktor asyik menangis malam je. Siang-siang makan gula banyak'.

As easy as that..

Ini ayat lazim yang selalu aku dengar dari parents.

Bila datang patient budak-budak macam ni, tambah dengan parents yang macam 'ni', i feel pity pada si anak. Anak-anak ni mereka tak tahu apa-apa pun. Yang mengajar mereka ni kita sendiri. Parents terutamanya. Nak amek jalan mudah minta di cabut saja gigi si anak. *sigh*

 Parents, please..please..take care of our childrens teeth.


       
Kalau gigi rosak dah macam ini, datang nak tampal, agak-agak si anak sakit tak? Mau tak sakit..Nak tampal gigi bukan macam simen dinding rumah retak ke tampal atap bocor ke, boleh tempek je. Kena drill bersihkan yang hitam-hitam dan coklat-coklat tu sampai putih, then baru tampal. 



Gigi susu bukan sekadar gigi susu, okey. Gigi susu membantu anak-anak punya speech and pronounciation, self-esteem. Kalau gigi selalu sakit, sure anak-anak tu tak nak gosok gigi, tak nak makan nasi. Jadi macam mana anak tu nak dapat zat, nak sihat, nak membesar, otak nak cergas. tak boleh fokus belajar atau bermain okey kalau sakit gigi tau? Bila kita sakit gigi, baru tau rasa sakit tu macam mana !

Bawa anak jumpa doktor gigi waktu gigi tengah sakit. And, first experience pulak ! *facepalm sangat okeh!* Sangatlah high chances anak tu akan dapat dental trauma mak-mak, pak-pak sekalian alam. *menaip sambil facepalm*. Anak tengah sakit, mak (selalunya mak yang akan masuk temankan anak. Yang bapak dok luar layan wifi laju free) terjerit-jerit suruh anak bukak mulut, baring atas dental chair, buat apa yang dentist suruh. Haha. Yang lebih sakitnya-tuh-di-sini-di-dalam-hati-ku tu yang jenis insist suh doktor cabut gigi anak. Sebab dah berapa malam anak melalak sakit ganggu dia tidur. Jenis ni pun ada tuan-tuan dan puan-tuan. Alahai. 

Anak-anak pun ada perasaan macam kita. Apa kita rasa anak-anak tu pun ada perasaan macam tu jugak. Jadi, cuba bayangkan, gigi kita buruk, senyum gigi semua buruk, mulut berbau, kita tak rasa malu? Malu, kan? Samalah dengan anak-anak kita. Kalau gigi berlubang, sakit tak? Sakit, kan? Samalah mereka rasa macam tu jugak. 

Orang ramai complaint, dental treatment di private practice mahal. Tapi, apa yang orang tak tau, cost untuk preventive jauh lagi murah. Datang setiap 6 bulan sekali untuk check gigi, scaling if necessary, fissure sealent untuk deep pit and fissure. Private practice bukak Sabtu lagi. Ada jugak yang Ahad buka. Ada jugak yang hari cuti-cuti Malaysia semua dia bukak. LOL. So takkan tak boleh nak spent just a day bawak anak-anak dan diri sendiri checkup. Jangan nak tunggu time hujung tahun nak claim baru bawak opah, atok, onyang, anak jiran, abang jiran, adik ipar punya sepupu, kakak sedara punya sepupu punya mertua datang. Haha. Bukan tak boleh, tapi boleh hang system akalau itu macam punya serbu. Haha. 

Selalunya treatment untuk kanak-kanak ni, elok bawak time diorang tengah sihat. Time tengah mood baik. Selalunya, untuk anak-anak yang pertama kali datang, tak ada masalah apa-apa, aku akan ajak 'kira gigi'. Sambil aku kira sampai 20, aku check satu-satu giginya. Selalunya works! Haha. Kalau tengok mood si anak masih okey, aku try aproach nak 'gosokkan gigi pakai berus kecik kaler-kaler' (polishing). Nasib baik klinik aku ade berus kecik multi-color. Aku suruh si anak pilih warna berus. Kalau dia dah pilih, maksudnya itulah ’soft approval' untuk aku teruskan pemujukkan. Haha. Kalau untuk girls, tunjuk je brush warna pink, polishing paste warna pink. Mesti si anak terus feeling princess dan akan akan okey. LOL. Kadang-kadang aku suka berlagak dengan patient budak-budak ni yang 'toothbrush' ada lampu, yang diorang punya kat rumah tak ada. Haha.
                              
                                       
Brush yang pink dan blue memang selalunya laku among kids. Yang warna kuning tu memang selalu tak laku. LOL.

Tapi untuk anak yang datang gigi berlubang, sakit time makan, tapi tidur tak sakit, maksudnya InshaAllah gigi tu boleh di tampal lagi. Maksudnya sakit time makan tu sebab sensitive sebab ada lubang. Selalunya, kes yang macam ni yang mencabar sikit kalau first timer. Kena betul-betul careful waktu bersihkan kotor-kotor pada gigi, jangan sampai ada rasa sakit. Sekali kau buat dia sakit, kau memang cari nahas. Haha. Dia boleh tutup mulut tak nak buka mulut terus. Mak bapak dia pun rasa macam nak hempuk kau sebab kene pujuk balik dari awal nak suruh anak bukak mulut. Hahaha. Atleast, satu gigi dah berjaya tampal dengan cemerlang dan penuh bergaya, lepas ni si anak dah tak takut dah nak datang lagi. Dah boleh bertepuk tampar dah lepas ni dengan dia. Hahaha.

Untuk patient boy, nak tanak aku kene konon-konon tau semua kartun-kartun animasi Ultraman, Boboboi dan ape ape ape lagi lah aku tak tau sangat. Haha. Anak aku baru setahun, katun Disney Junior aku taulah. Haha. Kalau patient girl, sebutlah segala jenis princess yang terkini kecuali Princess Fiona (Shrek). Mih mih mih. Setakat ni aku belum jumpa patient yang mengidolakan Princess Fiona Shrek. Lol.

Jadi bila first appoinment mereka dah happy, tak sakit InshaAllah takkan ada masalah untuk pujuk mereka datang lagi. Parents tak pening kepala, aku pun tak serabut nak pikir strategy. Haha. Every child is unique. Different strategy for different kids. Ingat perang je ke nak pakai strategy? Haha.

Memang aku akui treating a child ni memang renyah dan mencabar. Mulut kena manis, hokey. Haha. Ada time, sepanjang treatment aku pot pet pot pet. Kalau kau tanya aku ape aku cerita kat budak tu for the whole treatment, gerenti aku tak ingat lagi. Hahaha. Yang penting mission accomplish and kids patient tu happy. Tapi for me, satu kepuasan untuk aku bila aku berjaya buat patient tu tak takut dentist dan berjaya buat treatment pada mereka. Rasa macam, dunia ini aku yang punye. LOL.


Mummy. Wife. Dentist.