Pages

Sunday 21 February 2016

Beginikah jahitan bakal pereka fesyen terkenal ?

Assalamualaikum w.b.t.

Kami suami isteri memang mempunyai hobi-hobi yang pelik. Suami aku hobi dia berlagak dengan aku. Hobi aku pulak, berlagak balik dengan suami aku. Dia sangat berlagak bila mak aku yang menjaga, membelai dan membesarkan aku (aku diperbesarkan oleh suami aku) minta suami aku yang jahitkan sesuatu.

Mak aku terlalu yakin dengan bakat dan kebolehan laki aku. Sungguh aku rasa diremehkan dari pandangan mata dan senyum sini laki aku selepas mak aku cakap :

"Syamma, nanti syamma boleh tolong jahitkan ni. Senang je ni".

Hahahaha.

Aku biarkan sahaja semua itu berlaku depan mata aku. Aku yakin segalanya akan terbukti dengan waktu. Biar waktu yang menjawab segalanya. Ewah,kau memang poyo bila drama.

Aku tengok suami aku tiba-tiba dah ada kat meja jahit mak aku. Dengan tegar dan tekun aku tengok suami aku cuba menjahit. Mungkin di fikiran suami aku, kalau mak mertua tengok pulak lagi jahitan dia, lagilah tegar dan utuh, keyakinan mak mertua dia dengan bakat menjahit yang dia ada.


Dan..








Inilah hasil sentuhan kreatif bakal pereka fesyen terkenal tanahair ! 


WOW !

Inilah namanya jahitan ombak rindu! Hahaha.  


Dan ini pula jahitan  hidup-segan-mati-takmahu.




See ! Sudah aku cakapkan tadi, biar waktu yang menentukan segalanya. Hahaha. Suami aku bukan pernah jahit butang baju mak aku yang tanggal ke pun. Tapi keyakinan yang jitu dalam diri mak aku yang suami aku ni boleh menjahit yang simple-simple lagi boleh diharap dari aku. Hahahaha. Sebenarnya suami aku same je tak boleh harap macam aku. Kalau tak, tak adalah kami berjodoh. Hahahaha. We are match made from heaven kate orang putih ! Muahhcikedd untuk suami aku ! Ahahaha rase nak pukul kepala sendiri.




Dan..




TARAA !!






Ini pula jahitan isteri kepada suami aku. Weyh suami aku ade satu bini je.




Walaupun bukanlah boleh harap sangat jahitannya, tapi bolehlah untuk beginners macam aku ni, kan. Dari jahitan ombak rindu berkepul-kepul tak tentu pasal.




Jadi terbuktilah sudah, aku ni lebih awsome menjahit dari suami aku. Semoga dengan pembuktian  ini, mak aku tahu yang dia telah melahirkan seorang anak yang Awsome !
Hahaha.

Tapi apa-apa pun suami aku sebenarnya awsome. Lagi aku tengah sarat mengandung, lagi banyak dia tolong aku, tolong jaga anak, masak dan sebagainya. Okeylah aku tak nak cerita lebih pasal suami aku, sebab aku pernah terbaca, isteri sibuk cerita semua baik suami dia di facebook. Suami dia belikan handbag mahal lah, bawak pi honeymoon sana sini tempat mewah-mewah lah. Last-last perempuan lain kebas suami dia. Hahaha. 


Ok. Bai.



MOMMY.WIFE.DENTIST @}--,--






0 comments:

Post a Comment